Showing posts with label Google. Show all posts
Showing posts with label Google. Show all posts

12 March 2017

BLOG ANDA KENA GOOGLE PENALTY ?

BLOG ANDA KENA GOOGLE PENALTY ? | Pertamanya mungkin kita jarang baca mengenai google penalti ini sebabnya jarang nampak blog bahasa melayu yang menceritakan mengenai google penalty . Aku pun cari juga untuk mengetahui apa itu google penalty . tetapi sayangnya semua artikel dalam bahasa inggeris . susah sikit nak faham . tapi jangan risau , aku cuba buat kesimpulan dari apa yang aku baca .


BLOG ANDA KENA GOOGLE PENALTY ?


SEBAB APA BLOG ANDA KENA GOOGLE PENALTY ? 

1. Content .

Google menitik beratkan content . content yang tidak di layan oleh google adalah content copy paste atau duplicate content . kalau blog korang di kesan buat demikian , kemungkinan blog korang jatuh ranking adalah tinggi .

Google anggap blog ini sebagai tak berguna .

Selain dari copy paste, content yang tak cukup juga berkemungkinan untuk di tendang ke page bawah . Content yang tak cukup adalah content yang terlalu ringkas .

TIPS 

Update kontent blog , pasti anda letakkan diri anda dalam diri pembaca. gunakan teknik WH Question . :)

2. Backlink

Aku kurang mahir sikit bab back link ini .

Cumanya aku nak bagi tahu , ramai blogger luar negara yang notice baru-baru ini Google ada update algorithm mereka . Jadi hampir kesemua blog melalui penurunan trafik yang mendadak .

Apa itu Google Algorithm ?

Google Algorithm ni adalah kaedah yang di guna pakai oleh Google dalam menentukan ranking sesebuah blog atau lebih mudah ia dikenali sebagai Page Rank .

Sebagai contoh , bulan januari 2017 google ada melakukan update algorithm mereka . Jadi kesemua blog seperti di index semula sehinggakan ada blog yang biasa di first page google jatuh ke page ke 4 dan 5 . ini mungkin di sebabkan 2 faktor yang aku bagitau dekat atas .

Google atau robot mereka menganggap blog tertentu sebagai tidak kuat dari segi content ataupun backlink . tetapi lama kelamaan benda ini akan pulih seperti sedia kala .

MACAM MANA NAK TAU BLOG KENA GOOGLE PENALTY ATAU TIDAK ?

1. Traffik jatuh mendadak . (semak google analytic anda . cuba tengok trafik bulan januari dan comparekan dengan bulan oktober hingga december . tengok perbezaan yang ketara )

2. Blog tak masuk first,second dan third page google . * blog korang akan ada selepas 50 buah blog lain .

3. Check MAIL di webmaster tool anda . kalau ada warning , itu take note lah ya . kalau tak da mungkin faktor lain yang menyebabkan traffik blog anda jatuh .

Tetapi bukan semua blog kena google penalty . hanya kemungkinan blog anda mengalami situasi yang sama mungkin akan terkena google penalty .

Kita hanya prepare untuk sebarang kemungkinan .

Cara tengok google update Algorithm ?

Rujuk laman web ini - Google Algorithm Update

CARA KEMBALIKAN BLOG KE ASAL ?

1. Improve content blog .
2. Apply SEO
3. Share di media sosial .

Blog yang kena google penalty ini mungkin tak lama dan selamanya kalau korang terus update dan guna teknik Seo seperti biasa . tapi blog aku pun ambil masa 3 bulan jugalah nak hidup balik . hahaha apa-apa pun kena banyak bersabar dan terus berusaha .

Aku rasa macam berterabur ja kan aku tulis hari ini . aku harap korang faham lah kan . Google selalu update algorithm dia tanpa beritahu . jadi kita kena rajin dan alert dengan traffik blog kita . Semoga entry mengenai google penalty ini bermanfaat untuk kita semua .

teruskan update blog , nanti trafik akan kembali macam biasa balik . * kalau tak faham, komen dekat bawah. nanti aku jawab  ya .

Sekian .

Read More