Peserta Otai Nampak LETIH ?. Selepas minggu suku akhir yang berlangsung pada minggu lepas. Banyak pula yang bergosip mengenai peserta-peserta yang masih kekal sehingga sekarang ini.

Bocey, Puteh, Shiro, Zero dan Taman masih kekal. Minggu lepas, kumpulan Masin tersingkir selepas gagal menempatkan diri mereka untuk ke pentas separuh akhir.

Ramai yang mula tertanya-tanya mengenai keupayaan peserta otai dalam mlm 2018 kali ini. Kebanyakkan dari mereka kelihatan tak ada idea untuk diketengahkan.

"Semua 'outstanding' cuma yang membezakan mereka adalah idea. Bila tiada idea mereka nampak tak larat tapi saya boleh cakap kegemaran semua dari Top 3 yang orang di luar sana selalu mengundi selalunya Shiro " - Scha Alyahya 
Scha juga banyak memberi pujian kepada peserta otai kerana mengekalkan momentum mereka sehingga ke pusingan separuh akhir nanti.

Maharaja Lawak Mega 2018


Bagi aku pula, peserta-peserta otai banyak suka ulang-ulang lawak yang lama-lama. Kalau korang rajin layan MLM sejak tahun sebelum-sebelum ni, mesti korang akan nampak persamaan.

tapi nak buat macam mana, kita layan jer lah kan.
Mungkin susah nak feed punchline yang berbeza setiap minggu kan.

kalau salah sebut, mungkin penonton tak suka.

Apa-apa pun semoga berjaya buat kesemua peserta untuk pentas separuh akhir yang akan berlangsung esok !

sekian.


Post a Comment

Previous Post Next Post