Type something and hit enter

author photo
By On
Hai Korang, tak lama lagi bulan ramadhan akan menjelma. pasti ramai yang nak mencari duit lebih untuk kegunaan di hari raya nanti. ada banyak bisnes yang popular dalam kalangan rakyat malaysia ni dan antaranya adalah Jual Air Balang. Aku pernah baca mengenai cara nak mulakan bisnes air balang ni, jadi aku nak lah kongsikan dengan korang.

Dari pembacaan aku, kalau korang berniaga bisnes air balang ni, korang akan dapat keutangan yang sangat banyak tau. ditambah pula dalam bulan puasa. kita kalau pergi ke pasar ramadhan, mesti kita akan beli air balang yang dijual di pasar ramadhan kan.


Tips Mulakan Bisnes Air Balang di Bulan Puasa
Bisnes Air Balang di Bulan Puasa


haa. sebab itulah , anda kena tahu cara nak jana keuntungan dengan memulakan bisnes ni. kalau tak, rugi jer korang.

Kisah saudara Mizan Sulaiman yang aku baca itu memang menarik minat aku untuk cuba bisnes air balang ni. bayangkan dia berjaya memperoleh keuntungan sebanyak RM 7000 hasil dari bisnes yang dilakukan ini.

banyak gila kan.

dahlah 7k !
dia meniaga pula dekat satu tempat ja.

kita sampai kena buka banyak tempat untuk dapat untung macam ni kan.

anda nak tahu apa rahsia kejayaan mizan ?


Tapi , kita yang baru nak mula ini kena ambil perhatian terhadap jumlah modal yang akan digunakan untuk memulakan bisnes ni. 

Antara perkara yang kita kena beli adalah Kanopi, Meja dan juga Balang. aku anggarkan tak sampai RM 1000 untuk semua barang ni. modal harian pula anda kena masukkan sekali kos air, serbuk perisa yang anda guna ketika membancuh air balang tersebut. tapi kos dia tak lebih RM 100. 

Tips Mulakan Bisnes Air Balang di Bulan Puasa
Tips Mulakan Bisnes Air Balang di Bulan Puasa

dah selesai semua itu , barulah anda boleh mula jual air balang di mana sahaja yang anda mahukan. kalau korang rasa nak meniaga dekat pasar malam, tak jadi masalah sebabnya barang keperluan sudah dibeli dan diguna semula sahaja.

nampak tak, anda boleh berjimat dan pada masa yang sama anda boleh mendapat keuntungan kerana mengeluarkan modal yang sedikit. 

BOLEH UNTUNG KE ?


mesti terlintas dalam fikiran korang. susah nak percaya kalau kita sendiri tak cuba. Mizan Sulaiman mulakan bisnesnya dengan menjual 3 jenis air sahaja. untung yang diperolehi adalah RM 7000. bayangkan kalau dia jual lebih, mesti untungnya juga lebih.

Tak percaya lagi ?
baca dekat sini >> keuntungan jual air balang .

Susah juga nak terangkan benda ni, 
kalau anda betul berminat nak buat bisnes ni.

tolong bertindak segera !!
kita ada 2 bulan sebelum ramadhan, jadi masih ada masa nak cari balang, meja dan sebagainya.

tapi mesti anda tak tahu macam mana nak mula.
Baca panduan mulakan bisnes air balang ni secepat yang mungkin.

baca elok-elok dan bersedia untuk merubah hidup anda.


Aku doakan anda berjaya dalam bisnes baru anda ini. terima kasih kerana sudi baca perkongsian aku mengenai tips memulakan bisnes air balang ini. semoga bermanfaat. 

**gambar sumber google .

Click to comment