JDT JUARA PIALA MALAYSIA 2017 INI ULASAN PERLAWANAN

Perlawanan di antara JDT dan juga Kedah hari ini menempah sejarah tersendiri apabila pasukan JDT berjaya membawa pulang piala malaysia buat kali pertama sejak penukaran nama johor kepada JDT. kalau korang tak sempat nak tengok. jom baca ulasan aku yang tak seberapa ni dekat bawah ni ya.

JDT JUARA PIALA MALAYSIA 2017 INI ULASAN PERLAWANAN

ULASAN PERLAWANAN JDT VS KEDAH


Ulasan Babak Pertama :

Penguasaan bola nampak macam lebih kearah kedah.
JDT pula kemas di bahagian midfield .

mungkin second half nanti fitri omar akan di masukkan , lebih banyak cross ke ken ilso untuk menghasilkan gol bagi pasukan kedah .

JDT pula ghadar mungkin akan di masukkan untuk memberi ancaman kepada kubu pertahanan kedah .
Refree :
setakat ni tugas yang baik dan nampak perubahan. first tackle masih diberi peluang, second dan third tackle untuk kad kuning.
tak ada dive dikira foul setakat ini. memang best tengok ref malam ni .

ulasan perlawanan babak kedua .

Awal babak kedua, Kedah mula garang . tackle keras di lakukan oleh pemain kedah keatas pemain JDT. keadaan masih terkawal .

satu-satu peluang utk kedah nambah jaringan adalah ketika badrol one to one dengan penjaga gol jdt namun sayang, bola terkena palang. sebnarnya dua, lagi satu tandukan badrol di tanpan izham kemudian terkena palang.

jdt menambah gol kedua kerana kecuaian Rizal yang tidak menjaga cabrera sehingga menyebabkan ifwat perlu berkerja keras untuk menyelamatkan gol namun , tepisannya menerjah gawang sendiri.
JDT terus kukuh di bahagian tengah dan bertahan dengan agak baik. selepas dua gol, jdt perlahankan permainan.*ni aku tak tau sebab apa. hahaha

kedah pula lepas 2 gol, mula tingkatkan serangan tetapi lambat bertahan. tetapi di sebabkan jdt perlahankan permainan, pertahanan kedah masih boleh turun untuk jaga kawasan gol mereka.

dihujung-hujung perlawanan, ada insiden pemain kedah Ken Ilso yang menendang bola selepas tidak berpuas hati dgn offside. satu tindakan tidak wajar dari seorang pemain bola sepak.

JDT terus memperlahankan permainan. dan kedah masih ada masalah di bahagian pertahanan. sebab yang aku nampak, fokus attacking tetapi defending slow.

akhir sekali, keputusan kekal sehingga minit ke 94 perlawanan.

kalau perasan , JDT jaga 3 player kedah dari awal game sampai habis.
Mat don .
Sandro
Badrol .

overlapping rizal dengan syazwan pula tak menjadi malam ni.

Keputusan akhir :

Kedah 0 vs 2 Jdt
Aidil dan Cabrera

JDT JUARA PIALA MALAYSIA 2017 INI ULASAN PERLAWANAN

Apa-apa pun tahniah buat semua pemain yang bermatian bermain di atas padang malam ini. sungguh ini hanya permainan. tahun depan kena mula balik untuk menang lagi. sekian.

maaf juga ulasan tak seberapa dari aku ni yang bukan berkelayakan.

gambar kredit tv3 malaysia

0 comment... add one now

Visitors