Panduan Temuduga : Jangan buat 7 Perkara ini

Panggilan Temuduga merupakan satu berita gembira buat yang mencari pekerjaan.
sapa tak mau kerja kan. hehe

bila korang dah dapat panggilan,
pergi tau, jangan tolak.

Panduan Temuduga : Jangan buat 7 Perkara ini

jangan pilih jawatan, sebabnya mungkin rezeki ni untuk korang.
kita tak tau kan.

Entri kalini kita nak cakap pasal : 7 Perkara JANGAN buat ketika temuduga.

Orang sibuk cari pasal soalan yang akan ditanya ketika temuduga, tetapi diorang tak sedar yang segala perbuatan korang ketika itu diperhatikan. dari segi pakaian,cara bercakap dan banyak lagi perkara penting yang kita terlepas pandang.

jadi, aku nak kongsikan mengenai perkara yang korang jangan buat ketika temuduga.

1. YA dan Tidak.

Bila penemuduga tanya soalan temuduga, jangan bagi jawapan Ya atau Tidak  dan korang senyap lepas tu. tolong jangan ya.

susun ayat elok-elok, kalau di minta untuk berbahasa inggeris, cuba bagi yang terbaik kepada mereka. jangan bagi jawapan mudah.

2. Tipu

Jangan tipu. kalau korang tak tahu,cakap jer tak tahu. diorang tak suka orang menggoreng dan menipu ni tau tak.

3. Jangan kutuk majikan sebelum .

ada kes yang korang baru berhenti kerja dan kemudian pergi temuduga. haa ada yang ambil peluang untuk hentam majikan sebelum.

dia hentam sampai tak ingat dunia.

korang tahu apa yang penemuduga tu fikir bila korang cakap macam tu.

" kalau dia berhenti kerja dekat sini, mesti dia akan cakap benda yang sama dengan syarikat dia kerja selepas ni "

jadi, korang dah kurang satu point dekat situ.

seelok-eloknya, puji majikan sebelum walaupun korang sakit hati dengan diorang. ingat syarikat-syarikat ni ada ' kabel ' untuk berhubung. dengan mudah jer diorang dapat maklumat pasal korang dekat tempat kerja korang yang lama.
Panduan Temuduga : Jangan buat 7 Perkara ini


4. Jangan terlebih Cakap .

haha ini selalu terjadi kepada orang yang suka goreng.

soalan tanya, pencapaian korang.
dijawabnya segala mak nenek yang tak menjawab persoalan.

kan dah menyusahkan diri sendiri.
penemuduga pun jemu dengar.

kalau 10 orang buat macam ni, agak-agak marah ke tidak orang yang menemuduga tu ?
korang jawablah sendiri .

5. Jangan tunjuk yang korang tak mau jawatan tersebut.

ada manusia jenis, terpaksa pergi temuduga.
bila terpaksa, dia akan buat sambil lewa jela.

orang tanya, tapi jawab pun macam nak tak nak jer.

ingat ya, semua benda yang korang buat akan di catat.

attitude ,karakter , apa sahaja berkaitan korang akan direkodkan. jadi hati-hati

6. Jangan Tanya gaji jika temuduga pertama .

Kalau korang baru dipanggil untuk kali yang pertama untuk jawatan yang korang panggil. jangan tanya pasal gaji lagi. bila korang dah lepas fasa penapisan yang pertama , barulah tanya gaji dan berapa yang dia mampu bayar untuk korang.

7. Jangan Terlalu Pandai !

ada calon yang cuba tunjuk yang dia pandai semuanya.
nasihat aku.
be humble.

sebab apa, bila korang humble dan sopan. penemuduga pun rasa nak recomen korang dekat HR supaya ambil korang berkerja.

korang nak ke bekerja dengan kekwat yang bajet semua pandai ?

aku harap perkongsian kali ini menjawab persoalan korang mengenai apa yang tak patut kita buat ketika temuduga.

kalau korang masih blur blur lagi, apa kata korang dapatkan rahsia temuduga kerajaan ni. bukan apa. lebih mendalam lagi penerangan dia dan juga ada tips tips tambahan untuk korang dalam panduan ini .

dapatkan di sini - panduan temuduga.

aku doakan korang berjaya dan jangan buat 7 perkara ni ketika di temuduga tau. hehehe

0 comment... add one now

Visitors