Gegar Vaganza 4 2017

Rasa macam tak sabar pula nak tengok Gegar Vaganza 4 2017 ni kan. sebabnya baru ni diorang dah keluarkan senarai peserta gegar vaganza 4 , jadi aura dan semangat tu dah terkobar-kobar nak sokong penyanyi pujaan hati. hehe dah macam P.Ramlee pula kan dialog dia. hahaha

Gegar Vaganza 4 2017
Gegar Vaganza 4 2017



Musim baru ini pasti akan memberi satu kelainan kepada penonton kerana kali ini pesertanya juga berlainan serta kekuatan masing-masing pun lain. jadi, peringkat awal ni ramai yang nak tengok dulu, sebelum betul-betul buat keputusan nak sokong siapa.

Gegar Vaganza 4 2017


Bagi yang tak tahu, GEGAR VAGANZA merupakan rancangan realiti yang mengetengahkan bakat nyanyian sedia ada dari kalangan artis-artis lama untuk di berikan peluang baru bagi karier mereka. jadi, dalam pertandingan , korang akan nampak persaingan yang sungguh dasyat dari artis-artis terkenal tanah air di atas satu pentas.

Selalunya, GGV ni unik sebab juri dan pengacara sama naik. orang utara kata " loqlaq ". hahaha yelah , pengacara bahan juri, juri bahan pengacara. tambah-tambah si nabil dan si jihan tu. kuat sungguh diorang menyakat tok ram .

Oh ya, Tok Ram atau Dato Ramli MS masih di kekalkan sebagai juri tetap seperti tahun-tahun sebelum ni. jadi mesti kita dapat dengar komen-komen pedas dari tok ram.yela kan tok ram suka bagi kritikan yang pedih dan pedas masa ggv. tapi komen-komen tu semua untuk kebaikkan peserta ggv juga kan.

kalau tak tahan, susah lah nak berubah kan .

Musim baru ni, waktu siaran gegar vaganza 4 akan bersiaran setiap hari ahad pada jam 9 malam di Astro ria dan Ria HD. kalau korang nak tengok boleh tengok dekat situ. untuk live streaming musim ggv ni, nanti aku update kemudian. tak pasti sama ada Astro ada buat macam AF megastar ketidak. kalau ada , lagi best boleh tengok online jer kan.

sekali sekala kita berhibur tak salah kan. sekadar suka-suka. jadi kalau korang nak berhibur dengan lagu-lagu lama ala-ala zaman muda mudi dulu, korang layan lah konsert gegar vaganza ni. memang best, sebabtulah rancangan ni viral tau. jangan lupa tengok . hehehe


0 comment... add one now

Visitors