5 Strategi Bina Nama Blog Sendiri

Assalamualaikum, hari ni aku nak sembang sikit pasal blog. Lama kan kita tak sembang - sembang , sebelum ni aku sembang passal rahsia taobao, tapi untuk kali ini kita sembang pasal macam mana nak bina nama blog sendiri. dalam bahasa mudahnya adalah macam mana nak lariskan blog.

Pertamanya, sebelum kita pergi jauh. nak lariskan satu produk atau jenama , kita kenalah letakkan diri kita seperti seorang penjual barang. nak lagi mudah faham, letakkan diri hangpa macam dato seri vida dan dalo aliff syukri .

5 Strategi Bina Nama Blog Sendiri


Dua jutawan produk kosmetik ini membuat promosi gila-gila dengan menggunakan satu teknik yang akhirnya menyebabkan orang ramai mengingati mereka dan produk jenama mereka

haaaa

kita pun nak kena promosikan blog kita macam tu lah. cumanya method dan cara mungkin berbeza. baik kalau korang nak tahu 5 strategi bina nama blog sendiri adalah seperti berikut :

1. Warna Blog - bina identiti blog supaya orang mudah ingat blog kita. bukan sekadar update entri dan orang datang baca dan orang lupa. rugi - rugi .

2. Tagline - ada sesetengah blog ada tagline tersendiri . jadi binalah tagline anda. macam dsv , dia dengan pamoga dia sehingga orang dah lali dengan tagline tu . hehe

3. Nama Blog - Ringkas dan Padat dan Mudah Ingat . otai blogger selalu kata , pilih yang 4 suku kata sahaja. pandai-pandai korang lah yer.

4. - Ulang-ulang - ulang selagi boleh nama blog atau tagline blog korang supaya orang boleh ingat. jangan putus asa. benda ni memang makan masa.

5. Gunakan bahasa perantaraan yang selesa - Macam untuk blog ini aku gunakan bahasakan aku sebab bagi aku ia lebih selesa untuk aku dan pembaca .*klau tak selesa, komen tau. hehe

Cukup dah 5 benda ni untuk bina nama blog sendiri. secara mudahnya kita nak orang ingat blog kita. bila depa ingat, depa akan mai dan mai bila-bila masa yang depa nak. jadi kena bijak untuk tarik perhatian pembaca.

Memang benda ni makan masa, buat dengan santai insyaallah kita akan berjaya.

Aku harap 5 strategi Bina nama blog sendiri ini membantu korang untuk duduk dan berfikir cara untuk membina blog yang mantap dan terbaik. lepas dah ada base, boleh lah jana pendapatan yang padu. wow !

nanti kita sembang dalam entri lain pula.

Sekian.

0 comment... add one now

Visitors