KENAPA KITA SELALU FIKIR YANG BUKAN - BUKAN ! SUSAH BETUL NAK SANGKA BAIK !

KENAPA KITA SELALU FIKIR YANG BUKAN - BUKAN ! | Masalah bagi manusia adalah otak kita selalu berfikir yang bukan-bukan mengenai satu perkara. Sebagai contoh , kita berjalan di dalam mall dan kita lihat ada orang seakan-akan melihat kita. kita mula fikir yang bukan-bukan. tapi bila di amati sedalam-dalamnya , rupanya dia lihat orang lain. bukan kita.
fikir bukan bukan ketika mengandung
Raisya pun suka fikir bukan bukan


Kadang-kadang rasa stress pun ada sebab kita selalu fikir bukan-bukan. KENAPA KITA SELALU FIKIR YANG BUKAN - BUKAN ?

Jawapannya adalah kita tidak asuh otak kita untuk bersangka baik. Pemikiran kita perlu di kawal dan di asuh agar mengikut panduan yang di tetapkan. kalau kita tak didik diri kita , macam mana kita nak melakukan perkara tersebut betul tak ?

Sebagai contoh ,

Kita kena didik diri kita untuk bersangka baik dengan orang lain. kalau kita tak didik diri kita, mana mungkin diri kita tahu nak handle bila berhadapan dengan situasi macam tu.

Faham ?

Sama juga dengan over thingking ataupun terlalu fikir benda yang bukan-bukan . Kita kena belajar kontrol emosi kita agar sentiasa terjaga dari terlalu berfikir yang tak elok mengenai sesuatu perkara. kalau tidak memang susah kita nak " berubat " nanti .

Fikir bukan -bukan terhadap pasangan !


Inilah masalah utama bagi orang perempuan. dia akan sentiasa fikir yang bukan-bukan terhadap pasangannya sendiri. walaupun dah di terangkan kepadanya hal yang sebenar pun, dia masih tak percaya . betul tak orang perempuan ?

Mungkin ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak diri dari di tipu kot. hehe

Kalau boleh elakkan dari terlalu bersangka yang bukan-bukan. aku bimbang, hubungan anda dengan pasangan akan ada masalah nanti .

TIPS ATASI MASALAH SELALU FIKIR BUKAN - BUKAN !


1. Didik hati untuk bersabar .
2. Cuba bersangka baik .
3. Dapatkan penjelasan dari orang tersebut .
4. didik minda agar tidak bersangka buruk.

Cubalah, aku bagitau korang ni, ia memang makan masa. lebih lama korang usaha menyebabkan korang akan makin matang dan mudah handle bila selalu fikir bukan-bukan .

 

Penutup


Nak bersangka bukan-bukan itu boleh tapi jangan berlebih-lebihan . nanti orang muak dengan kita pun satu hal. Kita pula akan penat dengan diri kita sendiri. hehe betul tak ? orang yang penat dengan sebab terlalu berfikir yang bukan-bukan sahaja yang tahu perasaan tu penat macam mana kan . hehe korang pernah alami macam tu ?

Jom share entri KENAPA KITA SELALU FIKIR YANG BUKAN - BUKAN ! SUSAH BETUL NAK SANGKA BAIK ! dengan rakan-rakan anda yang ada masalah over thinking ni. kesian dekat diorang nak handle masalah ni kan.

Sekian .

0 comment... add one now

Visitors