HADIS MENGENAI KELEBIHAN BULAN SYA'BAN - SUMBER JAKIM ! - HEBATNYA BULAN MULIA INI .

Memasuki bulan Sya'ban sememangnya menjadi penantian bagi ummat islam kerana bulan Sya'ban mempunyai kelebihan tersendiri yang memberi peluang kepada kita untuk beribadah dengan lebih baik. Bulan Sya'ban juga merupakan bulan terakhir sebelum memasuki bulan ramadhan al mubarak. jadi sudah kah kita bersedia untuk memasuki bulan ramadhan ?

kelebihan bulan Sya'ban
Masjid antara tempat yang menjadi tumpuan dalam merebut kelebihan bulan sya'ban


Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai HADIS MENGENAI KELEBIHAN BULAN SYA'BAN - SUMBER JAKIM ! , jom kita sambung baca di bahagian bawah ini ya .

HADIS MENGENAI KELEBIHAN BULAN SYA'BAN - SUMBER JAKIM !


Antara hadis yang di keluarkan di facebook Bahagian Dakwah JAKIM mengenai bulan Sya'ban yang menarik minat aku adalah seperti berikut :

Drpd Anas berkata : Ditanya Nabi صلى الله عليه وسلم : "Puasa apakah yang terlebih afdhal selain Ramadhan?" Maka Nabi berkata : " Puasa di Bulan Sya'ban kerana mengagungkan Bulan Ramadhan." (HR Tirmizi)
"..Demikian (Bulan Sya'ban) manusia melupainya yang berada antara Rejab dan Ramadhan . Bulan di mana diangkat segala amal kepada الله تعالى Rabb sekelian alam. *Maka aku suka bahwa diangkat amalku dalam keadaan aku berpuasa."* (HR Nasaa-i)
"Apabila adalah malam Nisfu Sya'ban, maka hendaklah kalian menghidupkan malamnya dan berpuasa di siangnya." (HR Ibnu Majah)
" ...Maka الله تعالى akan mengampuni sekelian manusia (pada malam Nisfu Sya'ban) kecuali yang menyengutuiNya dan yang bermusuhan." (HR Ibnu Majah)


Subhanallah, banyak sebenarnya kelebihan bulan Sya'ban yang mungkin kita terlupa atau melupakannya dengan sengaja . Banyak amalan yang mampu di lakukan ketika bulan sya'ban ini untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata .

Kesimpulan 


Perbanyakkan amal ibadah di dalam bulan Sya'ban agar kita tidak kekok untuk melakukan ibadah di dalam bulan ramadhan nanti. Perbanyakkan juga doa supaya di panjangkan usia kita untuk bertemu dengan ramadhan dan Sya'ban pada tahun hadapan .

Semoga HADIS MENGENAI KELEBIHAN BULAN SYA'BAN - SUMBER JAKIM ! membantu meningkatkan semangat kita untuk terus berusaha dan beribadah kepada Allah. Ingat ! niat kena ikhlas semata-mata kerana Allah .

Sekian .

0 comment... add one now

Visitors