SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH ! PERBANYAKKAN SENYUMAN !

SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH ! • Apabila kita mulakan hari-hari kita, di sarankan agar kita sentiasa senyum dan mulakan hari kita dengan senyuman. Korang tahu tak, dengan hanya sedikit senyuman menyebabkan hati kita menjadi tenang dan tenteram. senyumlah dengan seikhlas hati agar aura kebaikkan itu sentiasa tersebar dalam kalangan orang di sekeliling kita.


SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH !


Korang tahu ada kelebihan sebenarnya bagi orang yang suka senyum ini. Antaranya adalah :

1. Ramai orang suka.
2. Tidak stress
3. Menenangkan orang.


Hadis berkaitan Dengan Senyum

Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit.
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”
Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar)
Ayuh perbanyakkan Senyum kerana ia juga merupakan sedekah . Jangan sombong untuk senyum sebabnya satu hari nanti kita juga memerlukan senyuman orang lain kepada kita. Sebenarnya hati kita ni perlukan senyuman dari orang lain. baru lah hati kita juga tenang.
Praktikkannlah SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH ! semoga hari-hari kita menjadi lebih bermakna. di samping itu kita juga dapat membina masyarakat yang harmoni dan saling menyayangi di antara satu sama lain.
Sekian.

0 comment... add one now

Visitors