CARA MEMOHON KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA !

CARA MEMOHON KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA ! |  Baru-baru ini heboh berkenaan kad diskaun siswa 1 malaysia dalam kalangan pelajar Uni aku . jadi kali ini aku nak kongsikan sedikit berkaitan dengan kad diskaun siswa 1 Malaysia 2017 .


CARA MEMOHON KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA !


Korang kena tahu, untuk tahun 2017 ada dua jenis kad yang korang akan dapat .

1. Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia
2. Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia . * untuk pelajar baru , kalau dah dapat sebelum ni tak dapat dah sebab dia ada tarikh luput dia kan .

Untuk Kad Debit Diskaun 1 Malaysia , Korang kena mohon secara online di laman web Bank rakyat . untuk tutorial ini , admin akan update esok . tolong bookmark blog ni ataupun like page blog ini untuk maklumat terkini .

Kad Debit Siswa 1 Malaysia RM 250

Update : Admin dah update dah rujuk link ini - Cara memohon Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia .

Yang kedua, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ini untuk khusus kepada pelajar baru atau pelajar yang ada kad tapi sudah tamat tempoh . jadi korang akan dapat kad ini direct dari Universiti korang . tak perlu buat permohonan apa-apa sebab ia akan di agihkan ke universiti korang .

5 Soalan Lazim Berkaitan Kad Diskaun siswa 1 Malaysia .

1. Apakah tujuan KADS1M diwujudkan?


  • KADS1M diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
  • Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu.
  • Melalui KADS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

2. Siapakah yang layak mendapat KADS1M?


  • Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M.
  • Terpakai bagi pelajar-pelajar IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.

3. Berapakah berapakah bayaran yang dikenakan bagi mendapatkan KADS1M?


  • KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia
  • Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan kad gantian / kad yang hilang.

4. Bagaimanakah pelajar boleh mendapatkan KADS1M dan berapakah bayaran yang dikenakan?


  • Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KADS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing.
  • Kementerian / Agensi / IPT berkaitan perlu mengemukakan maklumat pelajar yang lengkap kepada Bank Rakyat bagi membolehkan pelajar mendapat KADS1M. (Nama, No. KP, No. Matrik, Jantina, Nama IPT, Peringkat Pengajian, Tempoh Pengajian, Tahun Pengajian Semasa dan Tahun Tamat Pengajian).
  • KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia. Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang / gantian.
  • Carta alir penyaluran KADS1M ialah seperti berikut:
     
CARA MEMOHON KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA !


5. Bagaimanakah pelajar boleh menggunakan KADS1M?
  • Pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapat diskaun di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.
  • KADS1M merupakan flash card dan bukan kad yang menawarkan mata ganjaran.Tempoh sah (validity) KADS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.

Untuk Soalan lain rujuk - Soalan Lazim berkaitan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

itu sahaja , Aku harap maklumat ni bermanfaat kepada kita semua , tolong share dekat fb sat .sebab masih ramai yang tak tau mengenai CARA MEMOHON KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA ! . ada yang buat endah tak endah ja .

walaupun tak payah pohon, tolonglah pergi ambil kad tu ya, sekurang-kurangnya boleh dapat diskaun untuk certain-certain benda kan. jimat sikit.

Sekian .

0 comment... add one now

Visitors