KENAPA MANUSIA SUKA BERUBAH PERASAAN ?

KENAPA MANUSIA SUKA BERUBAH PERASAAN ? | Manusia mempunyai perasaan dan setiap perasaan itu pasti akan berubah. Tetapi apabila hidup kita sentiasa elok dan sama setiap hari. ia menyebabkan kita akan rasa selesa dengan perasaan kita sehinggakan kita rasa tiada apa yang perlu di ubah lagi.


KENAPA MANUSIA SUKA BERUBAH PERASAAN ?

MANUSIA SUKA BERUBAH PERASAAN ? 

Manusia mungkin berubah dek kerana tekanan yang di alami oleh mereka setiap hari .Mungkin juga perasaan yang sepatut ada dalam diri kita telah bertukar kerana desakan demi desakan yang kita alami sepanjang kehidupan kita.

Sebagai contoh, orang yang sentiasa dalam suasana negatif atau dalam suasana yang marah pasti akan hilang rasa sayang dalam hati mereka. Ia seperti sudah sebati dengan diri manusia.

ada juga contoh lain, apabila manusianya baik orangnya, tetapi di kerana orang sekelilingnya membencinya membuat dirinya berubah menjadi pemarah dan benci . mungkin juga ini salah satu faktor manusia berubah.


KENAPA MANUSIA SUKA BERUBAH PERASAAN ?


Macam mana bagi orang tak berubah perasaan ?


Dalam konteks ini mungkin juga boleh di fokuskan kepada perasaan sayang dan kasih antara suami isteri. betul tak ? bagaimana kita nak memastikan yang perasaan pasangan kita tidak berubah. jawapannya mudah iaitu ikhlas dalam kerja kita dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Macam mana nak jaga perasaan orang ?


Mungkin tips yang aku kongsikan ini lain dari yang lain .

1. Belajar untuk faham perasaan orang.
2. Elakkan dari melakukan perkara yang mereka tidak suka .
3. Buat benda baik terhadap mereka.

Macam mana nak jaga perasaan sendiri ?


Soalan yang baik, ramai di antara kita hari ini begitu terasa dengan tindakan orang lain. ramai yang sibuk menjaga diri orang lain sedangkan diri sendiri terabai. jadi macam mana nak jaga perasaan diri sendiri ? caranya adalah 

1. kita puaskan hati kita dengan apa yang kita nak.
2. fokus terhadap keperluan kita dan kemudian baru orang lain.
3. Jangan terkesan dengan perkataan benci orang lain terhadap kita.

Semoga apa yang di kongsikan hari ini mampu menguatkan diri kita sebagai manusia yang mendambakan kasih sayang. Kita banyak berkorban perasaan kita sedangkan orang lain sibuk bergembira dengan orang lain. betul tak ?
Hati-hati dan jangan sampai kita merosakkan hidup kita kerana orang lain. Kita layak untuk di hargai dan menghargai. jangan berdendam kerana ia pasti akan membalas kita dan menuntut pembalasan. kongsikan dengan rakan-rakan anda. semoga bermanfaat. sekian.


JOM LIKE PAGE BLOGPADU UNTUK INFO TERKINI DAN VIDEO !

0 comment... add one now

Visitors