SINOPSIS DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU !

SINOPSIS DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU ! || Drama lakonan Janna nick dan Ashraf Muslim ini sekarang semakin trending di media sosial. Mungkin kerana janna nick yang terkenal di media sosial atau pun mungkin juga di sebabkan lakonan janna nick yang bersahaja dalam drama Biar Aku Jadi Penunggu ini. Pasti Ramai yang menonton Drama Biar Aku Jadi Penunggu . Berikut merupakan SINOPSIS DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU !


SINOPSIS DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU !


SINOPSIS DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU TV 3 !


Iffat Hamani dan afeef merupakan kawan sejak dari zaman persekolahan lagi. Afeef hanya ingin menggunakan iffat untuk berjaya . Iffat pula dalam diam mempunyai perasaan terhadap afeef sehinggakan dia menerima lamaran afeef untuk menjadi isterinya.Afeef yang melanjutkan pelajaran ke luar negara berjanji dalam 2 tahun dia akan kembali dan mengahwini iffat.  tetapi masuk tahun ke 3, afeef tidak lagi muncul .

Selepas itu, afeef tidak sengaja terjumpa iffat. dan ketika itu afeef bersama dengan seorang budak kecil iaitu anaknya bersama perempuan lain yang bernama Damia . Iffat yang mengetahui perkara tersebut amat sedih dan berduka. janji afeef selama ini telah di khianati . Afeef pula menceritakan kepada iffat selepas dia di tinggalkan oleh damia .

Afeef membuat keputusan untuk menunaikan janjinya yang dahulu kepada iffat dengan mengahwini iffat. Naluri keibuan yang ada pada iffat akhirnya menyebabkan dia mampu menerima anak lelaki afeef sebagai anaknya . Disebabkan sikap afeef sebelum ini menyebabkan iffat rasa ragu-ragu dengan afeef .dia betul-betul tidak bersedia untuk berkahwin dengan afeef.

Rafael pula yang selama ini menyimpan perasaan terhadap iffat sedar yang peluangnya untuk mendapatkan iffat amat tipis. Damia pula semakin hari semakin cuba untuk dekat dengan afeef. Afeef pula merasakan iffat mempunyai hubungan dengan lelaki lain . apa kah yang berlaku kepada iffat hamani ? adakah dia akan menemui cintanya atau hanya terkorban dalam cinta ? sama-sama kita saksikan di tv 3 !

Kalau korang tengok drama Biar aku jadi penunggu ini, mesti korang akan terhibur dengan watak iffat hamani yang di lakokan oleh Janna Nick. lawak lah dengan perangai tak betul dia tu. haha. lepas korang baca SINOPSIS DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU , korang kena tengok drama ini di tv 3 tau !

Sekian.

0 comment... add one now

Visitors