7 HARI MENCINTAIKU LEBIH BEST DARI ISTERI TUAN IHSAN !

7 HARI MENCINTAIKU LEBIH BEST DARI ISTERI TUAN IHSAN ! | Dua drama yang trending di media sosial dan mendapat tempat dalam kalangan peminat tanah air . Kedua-dua drama ini mempunyai kekuatan terendiri dalam menarik minat penonton untuk menonton drama tersebut. Dua drama yang di maksudkan adalah Drama 7 hari Mencintaiku dan Isteri Tuan Ihsan. jadi persoalannya kenapa aku cakap 7 HARI MENCINTAIKU LEBIH BEST DARI ISTERI TUAN IHSAN !


7 HARI MENCINTAIKU LEBIH BEST DARI ISTERI TUAN IHSAN !


7 HARI MENCINTAIKU LEBIH BEST DARI ISTERI TUAN IHSAN !

1. Latar masyarakat .

Latar masyarakat yang di ketengahkan oleh kedua-dua drama ini jauh berbeza. Drama 7 hari mencintaiku mengetengahkan latar masyarakat kampung manakala drama isteri tuan ihsan mengetengahkan kehidupan sosial warga kota yang kaya raya.

Bagi aku, sudah banyak drama yang mengetengahkan latar masyarakat orang kaya dalam drama. jadi wakil koprat syarikat itu dan ini dan merebut cinta dan sebagainya merupakan antara intipati yang menjadikan drama isteri tuan ihsan adalah drama yang lebih kurang sama dengan drama-drama lain.

2. watak

Watak dalam drama juga memainkan peranan . Aku ambil contoh drama isteri tuan ihsan. rata-rata pelakon yang membawa watak dalam drama ini agak sosial dalam drama. pakaian yang terlalu menjolok mata. kehidupan yang sosial . bagaimana seorang lelaki boleh tinggal dengan perempuan yang bukan mahram dia dan berpegangan antara satu sama lain ?




aku tak cakap mengenai pelakon ya. mereka melakonkan mengikut skrip dan kehendak pengarah. tetapi jalan cerita seperti tiada nilai melayu dalam drama tersebut menyebabkan aku kurang berminat untuk menonton berbanding drama 7 hari mencintaiku.

Drama 7 hari mencintaiku lebih mengetengahkan masyarakat kampung melayu yang lebih nampak budaya ketimuran dan lebih sopan akhlaknya dan ini menjadi sebab kenapa drama 7 hari mencintaiku mendapat tempat dalam kalangan rakyat malaysia.

Sebagai konklusi, ini hanya pendapat peribadi aku mengenai drama 7 hari mencintaiku dan drama isteri tuan ihsan sepanjang drama ini bersiaran. komentar ini hanya dari sudut pandang aku . dan secara peribadi aku memuji hasil karya penulis novel tempatan yang berjaya membawa latar masyarakat kedalam penulisan mereka. tahniah !

Sekian.

0 comment... add one now

Visitors