APA YANG ADA DI PULAU PINANG ?

APA YANG ADA DI PULAU PINANG ? | Msuim cuti sekolah 2016 sudah kembali ! sudah pasti ramai yang tertanya-tanya lokasi mana yang best untuk bercuti . Memandangkan aku orang penang, jadi jom aku kongsikan sikit mengenai APA YANG ADA DI PULAU PINANG ? . Pulau Pinang sememangnya lokasi percutian tumpuan rakyat Malaysia dan dunia. Setiap kali musim cuti sekolah mesti ramai yang akan memenuhi kawasan Pulau Pinang untuk bercuti.


APA YANG ADA DI PULAU PINANG ?


Ramai di antara pelancong yang ke Pulau pinang untuk berehat dan ada juga yang mengambil peluang untuk melawat di kawasan-kawasan sekitar Pulau Pinang. Bagi yang ingin melawat ke Pulau Pinang dengan tujuan untuk berehat dan tidak mahu melakukan aktiviti apa-apa. Aku cadangkan korang pilih lokasi tepi laut untuk tempat penginapan korang.

Sebab apa pilih tepi laut ? Sebabnya, kawasan ini agak jauh dari kesibukkan bandaraya Georgetown yang sentiasa sibuk dengan kenderaan dan agak tidak selesa untuk di jadikan lokasi beristirehat. Lagipun di kawasan tepi laut di sini, lebih mendamaikan dan  tenang . Korang kena cuba tinggal di hotel-hotel di tepi laut yang ada di Pulau Pinang.

Hotel-Hotel tepi laut di Pulau Pinang .

1. Paradise Hotel .
2. Naza Hotel
3. Hard Rock Hotel
4. dan beberapa lagi hotel .

Bagi yang bertujuan untuk berjalan-jalan dan ingin menjadi tempat penginapan anda hanya tempat tidur, mandi dan sebagainya. Aku cadangkan korang pilih hotel bajet yang murah.pada masa yang sama korang boleh jimat kos penginapan korang . tetapi ia masih terpulang kepada korang nak pilih untuk tinggal di hotel mana.

Baik, untuk APA YANG ADA DI PULAU PINANG ? , Pulau Pinang ada banyak tempat menarik ,Antaranya adalah :


APA YANG ADA DI PULAU PINANG ?

1. Muzium 3D
2. Padang Kota
3. Bukit Bendera
4. Taman Belia
5. Taman Bunga .
6. ESCAPE Teluk Bahang
7. Taman Rimba Teluk Bahang
8. Taman Negara Teluk Bahang
9. Muzium makanan
10. Street art .

10 lokasi je ke ada dekat penang ni ? banyak lagi lokasi yang menarik untuk di jelajahi. ini belum masuk lagi lokasi tempat makan menarik di Pulau Pinang. haha lagi banyak tempat yang korang tak mungkin dapat cover kesemuanya dalam masa dua atau 3 hari. Jadi dah bersedia untuk ke Pulau Pinang ? pakat mai sini ! hehe

Oh ya ! Untuk setiap hujung tahun, Pulau pinang mengadakan Pesta Pulau Pinang yang berlangsung pada 26 November sehingga 1 januari nanti. jadi ini adalah acara tahunan dan menjadi tumpuan rakyat Pulau Pinang dan seluruh Malaysia. jadi kalau korang singgah pulau Pinang, jangan lupa singgah ke Tapak Pesta Pulau Pinang Sungai Nibong. Aku harap Entri APA YANG ADA DI PULAU PINANG ? membantu anda mencari maklumat mengenai pulau pinang. Aku minta tolong dengan korang supaya share artikel ini supaya orang lain pun dapat sama tahu APA YANG ADA DI PULAU PINANG ?. Terima kasih

Sekian.


0 comment... add one now

Visitors