PEMBACA BLOG TAK RAMAI, NAK BUAT MACAM MANA ?

PEMBACA BLOG TAK RAMAI, NAK BUAT MACAM MANA ?  ||  Aku rasa, banyak kali juga aku tulis pasal pembaca blog tak ramai , nak buat macam mana ni kan . tapi aku nak kongsikan juga tips mungkin membantu korang . aku pun pernah sahaja mengalami masalah pembaca blog tak ramai pada satu ketika . tetapi alhamdulillah ia berubah selepas membuat sedikit postmortem blog anda .

PEMBACA BLOG TAK RAMAI, NAK BUAT MACAM MANA ?



Perkara pertama yang korang buat adalah kena semak balik blog anda . Terutamanya pada bahagian content blog, template blog dan Engagement blog. Aku mula-mula menulis aku hanya fokus kepada content blog . " asal ada entri sudah " itu misi aku dahulu masa aku awal-awal menulis blog. tetapi sebenarnya fikiran tersebut adalah salah . Betul, kena update entri tetapi apitkan entri anda dengan perkata berkualiti. jadi setiap hari kita perlu update " entri berkualiti " .

Apabila di sebut mengenai entri berkualiti, ia bermakna entri yang penuh dengan informasi kepada pembaca . Selain itu, susunan ayat yang sempurna dan baik juga penting .Elakkan Short form dan pastikan entri anda berperenggan .

Tempalte blog pula cuba cari yang responsive . mula-mula dulu aku guna template blogger je. tetapi tak berapa kuat untuk SEO . Apabila aku berubah kepada template responsive, baru nampak peningkatan dari segi trafik setiap hari . tetapi make sure korang update " entri berkualiti " baru lah traffic naik dengan baik .

Dan yang terakhir adalah mengenai Engagement blog . Engagement blog ini meliputi hubungan antara pembaca dengan blog atau pembaca dengan penulis . jangan di abaikan bahagian ini kerana kita perlu menghargai pembaca blog kita kerana merekalah membantu blog kita untuk berada di mana ia berada . makin banyak pembaca, makin bagus sesebuah blog itu. Gunakanlah medium facebook,twitter dan insta untuk berinteraksi dengan mereka .

Akhir sekali sebagai penutup , gunakan tips yang aku kongsi kan ini, mana tau blog korang mampu meningkkat traffic. satu sahaja pesan aku , tips ni makan masa , jadi bersabarlah . sambil-sambil tunggu buat kerja lain sama. hehe untuk elakkan bosan. bila sudah sampai tempoh matangnya blog anda. anda akan dapat traffic dari sumber yang tidak di jangka dan dia akan meningkat mingkut time phase dia.
Sekian.

2 comments.. read them below or add one

Noor Maizan Noor Maizan October 20, 2016
alaaa betul ke kena tukar template juga utk tingkatkan trafik. sedih betul. huhu.
Afif Rayyan Afif Rayyan October 20, 2016
Pelan pelan kayuh nanti lama2 berjaya la.. kan?

Visitors