MENGHARGAI SEBUAH PENULISAN BLOG !

MENGHARGAI SEBUAH PENULISAN BLOG ! | Baru-baru ini aku terbaca mengenai seorang artis yang membuat kenyataan di akhbar mengenai kisahnya yang di tulis oleh blogger yang cuba menyebarkan spekulasi . " itu semua kerja bloggers " lebih kurang ayat dia macam itu . aku sedikit terasa apabila perkara negatif di palitkan kepada bloggers secara keseluruhannya . Sedangkan bloggers ni sahaja ada pelbagai niche dan bidang yang mereka tulis . Bukan semata-mata menulis kerana artis dan gossip semata .MENGHARGAI SEBUAH PENULISAN BLOG !


MENGHARGAI SEBUAH PENULISAN BLOG !

Bila dia cakap macam itu, bermaksud dia tidak faham apa itu bloggers secara keseluruhannya . Aku tahu ada blogger yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat salah mengenai artis semata-mata untuk traffic blog mereka. tetapi mereka itu hanya secebis dua sahaja. aku duduk dalam dunia blog ni hampir 9 tahun, aku dah baca pelbagai blog,aku dah blogwalking pelbagai blog dan memahami niche area mereka. jarang aku jumpa blog bercerita mengenai gossip artis .

Serius tak banyak pun. cumanya apabila blog yang tak seberapa itu di share artikelnya di Facebook maka ramai rakyat malaysia suka ambil port. ulas itu dan ini . sehinggakan perkara tersebut berlarutan dan sehingga viral . salah sudah pasti keatas blogger yang menulis perkara tersebut . seharusnya blogger tersebut tidak patut membuat perkara sedemikian sehingga menimbulkan fitnah . Kalau korang perasan, blog yang tulis pasal gossip artis ni mesti tak ada profile penulis . so, hati-hati ya.

Kedua, aku tak suka kesilapan seorang blogger menyebabkan semua bloggers di persalahkan. Kadang-kadang bila aku baca artikel macam tu, aku rasa, " apa salah aku ? " jangan terlalu marah sehingga orang yang tak buat salah pun di tarik sekali dalam amarah tersebut . seeloknya kita sebagai pengguna media sosial lebih menghargai penulisan yang ada di dalam blog .

Ramai yang mencari info dan maklumat di google dan akhir sekali akan membawa korang ke sebuah blog yang menulis maklumat tersebut . pendek kata korang memang tidak boleh lari dari blog dan bloggers . Hargailah bloggers yang menulis dari hati mereka saban tahun saban hari memrah otak mereka daripada menunjuk kesalahan blogger lain  kepada kesemua bloggers yang wujud . tanpa blogger anda bukan siapa-siapa .MENGHARGAI SEBUAH PENULISAN BLOG !

Sekian.

0 comment... add one now

Visitors