KESAN BLOG TAK UPDATE !

KESAN BLOG TAK UPDATE !  || Aku yakin ramai di antara blogger tertanya-tanya mengenai kesan blog tidak terupdate . Sebenarnya , ia tidak ada kesan banyak pun  tetapi kesan-kesan inilah menyebabkan blog kita susah untuk di kenali . Antara kesan blog tak update adalah Pageview akan berkurangan secara mendadak . Macam semalam, aku bercerita mengenai Pergi bercuti ,Blog jadi hambar dan korang pun dah tahu kenapa aku tak update blog kan .


KESAN BLOG TAK UPDATE !


Sebelum ini pageview agak mendadak naik,tetapi setelah beberapa hari tidak berupdate,pageview jatuh merudum . jadi ,kita kena update blog selalu untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku kepada blog kita .

Seterusnya Ranking Alexa meningkat ! Meningkat di sini bermaksud pertambahan ranking alexa. Kalau sebelum ini 50 ribu, selepas tidak update blog ia mungkin akan mencecah kepada 100 ribu . ini menyukarkan kita dalam memastikan blog kita berada di ranking yang baik .

Dan yang terakhir, kalau korang jarang update blog ,ia akan menyebabkan blog korang hilang dari google . bermaksud ranking entri atau artikel korang tulis akan jatuh ke page yang bawah dan tidak muncul di ranking pertama google page . Rugi tak ? ya memang rugi . sebab orang yang menggunakan google selalu akan klik entri yang pertama sahaja berbanding entri ke 5 dan ke bawah.

Pendek kata, kalau tidak update entri ,kita kena menanggung beberapa akibat atau kesan dari tidak update entri. aku dah alami, dan bertapa ruginya aku. korang juga boleh gunakan Schedule untuk memastikan blog korang sentiasa terupdate . Betapa pentingnya untuk blog sentiasa di update . jangan biarkan blog korang tak update lebih dari sehari. nanti susah nak catch up balik.

Sekian .


0 comment... add one now

Visitors