07 October 2016

CARA ATASI STRESS DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN !

CARA ATASI STRESS DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN !  ||  Pernah tak blogger rasa stress bila tengok kejayaan blogger lain ? pernah tak rasa putus asa bila melihat kejayaan blogger lain ? aku yakin ramai blogger baru akan rasa macam nak putus asa bila kita ada kawan blogger yang lebih baik dari kita. aku tak cakap itu sebagai dengki atau iri hati. Sebab lumrah manusia bila kita rasa down bila tengok kejayaan orang lain . tetapi jangan terbawa sehingga menyebabkan kita bermusuhan dengan orang lain, Jangan sampai menimbulkan rasa dengki ,khianat dan iri hati . Jadi macam mana CARA ATASI STRESS DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN !


CARA ATASI STRESS DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN !


Perkara mudahnya adalah kita berpijak pada bumi yang nyata . Kita tengok balik blog kita adakah kita menulis dan update blog dengan cara yang betul ? tengok sama " siapa kita " di media sosial, kerana ini akan mempengaruhi orang untuk membaca blog anda apabila anda kongsikan dengan sahabat-sahabat di media sosial . Rancang balik perjalanan blog kita  . Aku tahu susah nak mulakan,tapi aku yakin dan pasti yang blogger otai yang sudah berjaya itu juga melalui proses yang sama .

Yang kedua , jangan terbawa dengan kejayaan orang lain . Maksudnya di sini, jangan terlalu memaksa diri untuk mendapat kejayaan orang lain. contohnya, kawan blogger kita trafficnya 10 k sehari, kita baru je berapa ratus sehari. jangan bimbang dan jangan paksa diri untuk sampai ke tahap yang kita tak boleh capai dalam masa terdekat. ikut langkah demi langkah . mulakan target 1k sehari pada masa yang sama tingkatkan jumlah entri yang berkualiti dengan blog. Ingat abaikan orang yang mentertawakan entri-entri kita. biarkan mereka kata kita update entri bodoh asalkan kita tahu traffic entri-entri tersebut power .

Mesti korang nak tahukan apa entri-entri bodoh tetapi traffic mencanak naik . hehehe tak maulah cerita nanti korang gelak . haha aku bagi satu bab ja iaitu artis . korang selongkarlah pasal mereka tetapi jangan cerita gossip dan benda aib. nanti akan ada yang mencari .

Yang terakhir, buanglah perasaan rasa down bila blog kita tak sama dengan blogger lain .buang jauh-jauh . dan letakkan target blog kita dan kita usaha untuk capai target itu. aku yakin kita semua mampu berjaya di media sosial terutamanya dalam dunia blog ini .jangan putus asa, terus cabar diri kita, cabar penulisan kita supaya mampu berdiri sama tinggi dengan orang hebat-hebat. semoga entri CARA ATASI STRESS DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN ! mampu mengekalkan anda di dalam dunia blogger ini.

Sekian.



EmoticonEmoticon