APA ITU SANGKA BAIK DI MEDIA SOSIAL ?

APA ITU SANGKA BAIK DI MEDIA SOSIAL ?  ||  Entah sebab apa aku suka membaca media sosial. setiap hari aku layan media sosial pasti aku akan tertarik nak ulas benda yang tidak sepatutnya berlaku . tetapi teguran atau coretan ini adalah untuk aku mula-mula sekali, untuk korang ,kalau rasa bermanfaat korang ambillah. kalau tak abaikan je ya . Aku nak cakap pasal bersangka baik di media sosial.

Cara nak happy di media sosial


Hakikat media sosial sekarang ini adalah ia juga umpama satu kumpulan masyarakat yang hidup dan bersosial di dalam alam maya. Kalau zaman dahulu, kita jumpa face to face untuk bermasyarakat. tetapi sekarang zamannya sudah berbeza . cara dan teknologinya juga berbeza . kita di paksa untuk turut sama dalam mayarakat ini walaupun hakikatnya kita tidak suka .

Apa yang aku cuba bawa kali ini adalah bila dalam masyarakat,sudah pasti ada benda yang kita suka masyarakat kita buat dan ada perkara yang kita tidak suka masyarakat kita buat . Kalau dulu, kita terus tegur ,kalau kita tidak suka atau pun kita mengumpat belakang. tetapi sekarang ini lain yang berlaku. kita juga mengumpat depan-depan tanpa kita sedari yang rakan yang kita umpatkan itu juga kawan media sosial kita.

Alangkah lebih baik satu perkara yang kita tidak suka yang di lakukan oleh kawan kita ditegur dengan cara yang baik. tak perlu status sinis atau perli di media sosial . kalau dia faham tak apa, ni dia pun blurr jer kan korang yang akan stress nanti. hehehe hakikatnya masyarakat alam maya juga perlu didikan dan panduan. Islam ajar kita hidup dalam masyarakat yang baik supaya akhlak kita juga baik.

Kalau kita tidak mampu nak tegur, sangka baik sahajalah . Mungkin kawan kita itu perlukannya dan kita tidak perlukannya. Nak didik hati kita ni susah, ia makan masa. ambillah masa ,insyaallah kita akan baik-baik sahaja . belajarlah sangka baik di media sosial supaya hati kita baik dan duduk dalam kalangan orang yang baik-baik .

Nasihat untuk sangka baik di media sosial ni adalah untuk aku dan kita semua. kalau kita tak di nasihat benda baik mana mungkin kita tahu sesuatu itu benda baik. kalau korang tak setuju,tak mengapa . Aku tak paksa . sekadar hormati pandangan antara satu sama lain juga sudah memadai . aku tak suka tengok ada kawan-kawan aku di media sosial terguris hati mereka . itu ja, aku nak kita happy di media sosial tak perlu bermusuhan dan perli memerli. mungkin aku korang akan cakap aku kolot, aku tak kisah ,asalkan apa yang buat ini betul.

Sekian.




1 comment... add one now

Visitors