07 September 2016

TENGOK LAYOUT BLOG ANDA !

TENGOK LAYOUT BLOG ANDA !  ||  Sebelum aku membebel dengan lebih jauh , aku nak bagitau ni, entri ini aku tulis untuk blogger baru ya , kalau anda dah lama dalam dunia blogger,  nak skip pun tak apa . Entri susunan layout blog ini bertujuan untuk mengemaskan lagi blog kita supaya dapat menarik minat pembaca dan juga mengelakkan dari kelihatan serabut apabila orang singgah ke blog kita . Layout dan template adalah dua benda yang berbeza. yang aku maksudkan layout adalah macam dalam gambar di bawah . template adalah bila korang buka blog korang menggunakan Url yang korang pilih .


TENGOK LAYOUT BLOG ANDA !


Selalunya, Layout blog terbahagi kepada 4 bahagian , Header, Post Wrapper , Side bar dan footer . Dan dari 4 bahagian ini 2 bahagian yang orang selalu terlepas pandang iaitu Sidebar dan Footer . Sekarang korang klik blog korang sendiri dekat new tab . Tengok di bahagian sidebar korang , adakah susunan gadget korang kemas dan teratur ? ada tak widget yang terberguna yang masing berada di dalam blog korang ? kalau ada boleh buang semua itu. hahaha kejam tak aku .

Berdasarkan pengalaman aku, sekarang ini ramai yang lebih suka tengok template blog yang simple dan kurang shining-shining . Tak salah letak , cuma mungkin boleh pertimbangkan kalau benda tu tak ada, adakah blog kita akan tiada pengunjung atau masih ada pengunjung. jawapannya ya, akan masih ada pengunjung .

Kebanyakkan pencari info yang datang ke blog kita hanyalah untuk mencari info dan kemudian mereka keluar dari blog kita. jadi kita sebagai blogger, kita mesti nak orang yang baca blog kita untuk duduk lama di dalam blog kita, jadi elakkan dari menggunakan widget yang menyebabkan orang lari dari blog kita .

Susunan layout untuk Sidebar selalunya akan ada Author yakni penulis blog tersebut . kalau boleh letak gambar sendiri dan cara orang nak contact korang . Yang kedua, Follower, Popular post  dan blog list jika ada .

Bagi Footer pulak, pastikan blog anda tidak terlalu kebawah kerana letak banyak widget di bahagian footer kerana bimbang, bahagian tersebut tidak di baca oleh pembaca blog anda. Elakkan letak, Popular post di bahagian footer . kalau nak letak pun , limitkan kepada  5 entri sahaja ,kerana kita tak mau blog kita nampak cacat bila widget yang kita guna tersebut terlalu memanjang ke bawah. sebab itu popular post selalu di letakkan di sidebar.

Antara item yang boleh korang letak di bahagian footer adalah  Pageview ,Histats dan mungkin juga Follower. pastikan tak memanjang ke bawah . Aku tahu, mungkin kita baru berblog ini rasa excited sehinggakan semua benda kita nak letak, malah ada benda yang berulang di blog kita. ada yang di side bar dan ada juga di footer. elakkan letak dua perkara yang sama di dalam satu blog. takut ia memberatkan loading blog kita.

Letak widget yang perlu sahaja, biar nampak simple dan cantik . kalau kita tengok sebagai orang luar, kita akan rasa blog kita macam mana sama ada membantu atau tidak dalam mengekalkan pembaca di blog kita. kalau tidak, maka pengubahsuaian blog perlu di lakukan supaya lebih menjadi tarikan untuk pembaca.

Ramai dah blogger yang sudah tukar template kepada lebih simple dan menarik. dan ramai juga blogger meninggalkan template blogger untuk mencari template yang responsive dan sesuai mengikut masa kini . Insyaallah apa template responsive pulak ini ? haha nantilah aku cerita, panjang lak aku tulis hari ini. Semoga bermanfaat . mulakan dengan mengemas blog agar lebih baik pandangan sebelum meneruskan rentak lain untuk berjaya di dalam dunia blog .

Sekian.

saya kongsikan pandangan dan pengalaman saya sahaja. saya bukan sifu , saya masih belajar. boleh ikut atau tk nak ikut pun tak pa :)

1 comments

Before this SA buat sendiri...la ni guna khidmat yg pakar...


EmoticonEmoticon