25 September 2016

RANCANG PERJALANAN BLOG KALAU ANDA SERIUS UNTUK BERBLOG !

RANCANG PERJALANAN BLOG KALAU ANDA SERIUS UNTUK BERBLOG ! |  Baik, hari ini aku menulis kembali untuk mendapat semangat setelah tak bersemangat sebelum ini. untuk blogger baru, tips ini mungkin berguna untuk korang yang nak stay lama dalam dunia blog. Aku dah jumpa ramai orang yang ada blog, tapi hanya untuk beberapa ketika sahaja,kemudian dia putus asa.


Panduan Blogger


Aku tak mau blogger yang betul-betul serius buat blog tapi akhirnya kecundang. Jangan ya . Bila dah mula, maka habiskan. Insyaallah ada hasil . Macam korang baca dalam tajuk entri ini mengenai rancang perjalanan blog anda . kenapa aku suruh korang rancang perjalanan blog ? sebabnya aku nak korang nampak apa yang korang nak hasilkan dari blog. aku tahu korang hanya menulis mungkin sekadar suka-suka. tetapi apasalahnya kita letak target. mana tau,rezeki kita murah untuk dapat jana income online ? cuba pikiaq tengok na.

Berbalik kepada perancangan perjalanan blog , aku tak tahu nak rancang perjalanan blog korang, aku hanya kongsikan mengenai perjalanan blog aku dan aku nak korang cuba ikut. kalau tak pun ,korang baca jela entri ni sampai habiskan.tak pun share dekat fb , insyaallah dapat pahala. hehe

Aku mulakan blog yang tidak fames, orang tak kenal . aku mula merancang untuk 6 bulan pertama ,apa yang aku nak . aku kata aku nak dapat follower tambahan, so aku teruskan usaha dan fokus kepada follower. aku nak fokus kepada pembaca blog dari google , jadi aku kena kuatkan dari segi SEO dan content yang kukuh. maka aku teruskan mencari benda itu . kedua-dua benda ni, aku hanya dapat satu sahaja, iaitu pembaca dari google. Followers aku tak tingkatkan sangat sebab aku malas join segmen. hahaha

Selepas 6 bulan , korang kaji balik apa yang korang dah buat. kalau perlu kekalkan,maka kekalkan . kalau tak mau teruskan, maka tinggalkan sahaja dan mulakan perancangan baru yang lebih sesuai dengan blog korang . Semalam aku ada update dekat facebook aku mengenai penulisan entri . aku minta blogger untuk keluar dari confort zone dan cuba benda baru sebabnya aku pernah cuba benda baru, dan aku meninggalkan perkara lama yang aku tulis dulu kerana benda baru atau cara baru ini lebih menguntungkan.




Dalam kata lain, fasa 6 bulan pertama ini adlaah fasa experiment. buatlah pelbagai eksperiment untuk blog korang. dan tolong baca apa yang pembaca blog korang nak dari korang. maka tulislah apa yang mereka nak dan pada masa yang sama tambahlah apa yang anda ingin tuliskan. ingat, itu blog anda, bukan blog sesiapa jadi anda berhak untuk menulis apa sahaja di sana. tak perlu takut. Jadi rancang perjalanan blog anda, supaya anda mampu memperoleh kejayaan dalam dunia blog .

Aku tulis ini bukan bermakna aku terbaik, aku pun masih belajar, aku hanya kongsi dengan blogger baru untuk kita saling menguat semangat antara satu sama lain. aku bukan cikgu atau sifu ,aku hanya seorang kawan korang.

Sekian.


4 comments

Good sharing..
Blog Kaklong pun baru lagi.. Boleh praktikkan.. ^_^

Kena ada jadual gayanya..haha


EmoticonEmoticon