MENULIS BLOG SEBENARNYA BUKAN SEKADAR MENULIS !

MENULIS BLOG SEBENARNYA BUKAN SEKADAR MENULIS ! ||  Seorang blogger kena banyak belajar teknik penulisan . ada situasi kita perlu teknik penulisan yang berbeza untuk menyampaikan info kepada pembaca blog kita . ada kala kita perlu nada tinggi,adakala kita perlu nada santai dan menarik .ia mesti bersesuaian dengan kondisi dan keadaan penulisan entri tersebut .

CARA MENULIS BLOG



Kenapa aku kata, menulis blog sebenarnya bukan sekadar menulis ?

Kerana,siapa yang menulis blog kalau dia tak buat 3 perkara ini,mesti susah untuk di update netri.pertama research, kedua gambar dan ketiga adalah pendapat . kalau tak ada 3 perkara ini,penulisan blog akan jadi kurang memuaskan.

Dengan hujah tersebut, dapat menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menganggap blogger hanya menulis apa yang dia nak sahaja. Namun hakikatnya,ramai blogger yang ambil masa mereka untuk menulis demi menyampaikan maklumat kepada pembaca.

Bukan mudah kerja blogger.tambah-tambah yang perlu review produk dan  pergi event yang di jemput. mereka juga ada masa.mereka juga punya keluarga. namuna tas dasar kerja,mereka rela kan juga. jadi janganlah terlalu menghina blogger-blogger. mereka juga manusia dan mereka juga perlu kekuatan dari sudut pembaca yang ramai .

Kalau anda berminat nak jadi blogger,pastikan bila anda sudah masuk dan jadi blogger, jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. teruskan dan jangan putus asa. insyaallah ,hasil akan muncul selepas itu.

Sekian .

0 comment... add one now

Visitors