MANUSIA INGIN MENJADI HERO MEDIA SOSIAL !

MANUSIA INGIN MENJADI HERO MEDIA SOSIAL !  || Pelbagai isu yang berlegar dalam kalangan pengguna media sosial . Isu-isu ini di perdebatkan untuk mencari siapa yang betul dan siapa yang salah. sedangkan kita sebagai pengguna media sosial harus tahu satu perkara,apabila ia berkaitan pendapat, maka ia tidak semestinya akan ada betul atau salah . Ia lebih kepada kita untuk menghormati pendapat orang lain .


social media hero !


Ada segelintir yang sanggup menggunakan kata-kata kesat untuk mematikan hujah rakan lain. Ada pula sanggup bergaduh semata-mata nak cakap hujahnya paling tepat. Antara topik yang menjadi bualan sebelum ini adalah isu vaksin, isu pokemon go,isu tahlil dan pelbagai isu lagi yang berlegar dalam kalangan rakyat malaysia.

Aku rasa, rakyat malaysia perlu belajar apa yang di namakan kaedah menerima sesuatu ilmu terutamanya dalam bidang keagamaan. Ulama dah gariskan panduan yang baik untuk kita dan jika kita ikut panduan mereka, pasti tidaka akan belaku pergaduhan. Mereka juga memberikan kita kefahaman dalam penerimaan sesuatu pendapat.

Dan yang terakhir sudah pasti seseorang itu perlu berlapang dada dalam menerima pendapat yang bercanggah dengannya . Aku yakin ramai yang nak menang bila berhujah.tetapi dia tidak sedar, kalau dia berlapang dada dengan perdebatan ,maka dia lebih layak di gelar pemenang kerana meletakkan pendamaian sebagai jalan utama dan mengelak pergaduhan dalam perdebatan.

Pendek kata, semua ini berkaitan dengan akhlak atau adab di media sosial. Semakin hari,rakyat malaysia makin hilang adab tak kira di dalam media sosial atau pun di luar media sosial.seakan-akan nilai baik yang di ajar sudah pudar dari hati-hati mereka. Kita doakan agar,rakyat kita mula kembali faham mengenai adab dan mengamalkannya.

Sekian.


1 comment... add one now

Blogger Blogger November 04, 2016
Are you not playing Pokemon Go? Download It Now (Available for iOS and Android)

Visitors