CARA MUDAH CASHOUT ADSENSE !

CARA CASHOUT ADSENSE ! | Sebelum ini aku ada kongsi misi adsense di blog aku ini . misi adsense tersebut adalah merupakan pengalaman aku dengan adsense . jadi korang boleh baca dekat blog ini . korang cari sendiri ya . hehe baik hari ini aku nak ajar korang macam mana nak cashout adsense .

Nak cashout adsense ini mudah sahaja, pastikan dalam account anda mempunyai 100 dolar, selagi tak cukup 100 dolar korang tak boleh cashout .yang keduanya adalah cara pembayaran adsense atau cara korang nak cashout adsense . Sebenarnya ada 3 cara nak cashout adsense ni. yang pertama menggunakan western Union,kedua wire transfer dan yang ketiga adalah dengan cheque .

Setakat ini aku hanya menggunakan kaedahwire transfer sahaja, dengan cara ini, earnings korang akan di bank in terus ke account bank anda. mudah kan ! nanti aku cerita details mengenai cara cashout adsense terus ke bank anda .

Berikut merupakan ilustrasi bergambar mengenai cara cashout adsense :


CARA CASHOUT ADSENSE !

CARA CASHOUT ADSENSE !


1. Korang buka account adsense korang , di bahagian kanan atas ada lambang screw. korang klik situ dan select " payment "


CARA CASHOUT ADSENSE !

2. Korang akan masuk ke ruangan seperti gambar di atas , korang klik manage di column ke 2 iaitu how to get paid .


CARA CASHOUT ADSENSE !


3. add a new payment method .




CARA CASHOUT ADSENSE !

4. ada 3 cara macam aku tulis dekat atas, korang pilih yang mana korang berminat dan ikut langkah seterusnya iaitu isi maklumat korang lepas tu siap !

Sebelum korang pilih yang pelik-pelik, aku cadangkan korang guna wire transfer je. sebabnya direct masuk ke account korang. kalau korang guna western union dengan cek , korang akan dapat lambat duit itu sebab diorang nak hantar pun makan masa. guna je cara laju. hehe

Oh ya selepas selesai isi maklumat korang, korang patah balik ke payee setting macam dalam gambar di bawah :



CARA CASHOUT ADSENSE !


di bahagian bawah ini korang klik payment method yang korang pilih ya. supaya adsense dapat detac korang nak cashout dengan cara apa . lagi satu pastikan korang buat cara cashout adsense ini sebelum 21 hb ya, sebabnya 21 hb selalunya adsense akan semak earning kita, kalau cukup 100 dolar maka kita boleh la cashout. huhu

Semoga berjaya buat duit dengan adsense. maaf sebab aku buat entri agak cincai. tak pa nanti aku update semula ya.

Sekian.


0 comment... add one now

Visitors