29 September 2016

CARA MUDAH CASHOUT ADSENSE !

CARA CASHOUT ADSENSE ! | Sebelum ini aku ada kongsi misi adsense di blog aku ini . misi adsense tersebut adalah merupakan pengalaman aku dengan adsense . jadi korang boleh baca dekat blog ini . korang cari sendiri ya . hehe baik hari ini aku nak ajar korang macam mana nak cashout adsense .

Nak cashout adsense ini mudah sahaja, pastikan dalam account anda mempunyai 100 dolar, selagi tak cukup 100 dolar korang tak boleh cashout .yang keduanya adalah cara pembayaran adsense atau cara korang nak cashout adsense . Sebenarnya ada 3 cara nak cashout adsense ni. yang pertama menggunakan western Union,kedua wire transfer dan yang ketiga adalah dengan cheque .

Setakat ini aku hanya menggunakan kaedahwire transfer sahaja, dengan cara ini, earnings korang akan di bank in terus ke account bank anda. mudah kan ! nanti aku cerita details mengenai cara cashout adsense terus ke bank anda .

Berikut merupakan ilustrasi bergambar mengenai cara cashout adsense :


CARA CASHOUT ADSENSE !

CARA CASHOUT ADSENSE !


1. Korang buka account adsense korang , di bahagian kanan atas ada lambang screw. korang klik situ dan select " payment "


CARA CASHOUT ADSENSE !

2. Korang akan masuk ke ruangan seperti gambar di atas , korang klik manage di column ke 2 iaitu how to get paid .


CARA CASHOUT ADSENSE !


3. add a new payment method .




CARA CASHOUT ADSENSE !

4. ada 3 cara macam aku tulis dekat atas, korang pilih yang mana korang berminat dan ikut langkah seterusnya iaitu isi maklumat korang lepas tu siap !

Sebelum korang pilih yang pelik-pelik, aku cadangkan korang guna wire transfer je. sebabnya direct masuk ke account korang. kalau korang guna western union dengan cek , korang akan dapat lambat duit itu sebab diorang nak hantar pun makan masa. guna je cara laju. hehe

Oh ya selepas selesai isi maklumat korang, korang patah balik ke payee setting macam dalam gambar di bawah :



CARA CASHOUT ADSENSE !


di bahagian bawah ini korang klik payment method yang korang pilih ya. supaya adsense dapat detac korang nak cashout dengan cara apa . lagi satu pastikan korang buat cara cashout adsense ini sebelum 21 hb ya, sebabnya 21 hb selalunya adsense akan semak earning kita, kalau cukup 100 dolar maka kita boleh la cashout. huhu

Semoga berjaya buat duit dengan adsense. maaf sebab aku buat entri agak cincai. tak pa nanti aku update semula ya.

Sekian.


Read More

27 September 2016

WANTED OHSEM BLOGLIST BLOG KAKLONG !


WANTED OHSEM BLOGLIST BLOG KAKLONG !  |  Lama juga blog ni tak join segmen . hehe kali ini,kita join segmen dari blogger kaklong . jom ramai-ramai memeriahkan lagi segmen wanted ohsem bloglist blog kaklong ni !



WANTED OHSEM BLOGLIST BLOG KAKLONG !

Jom join segmen WANTED OHSEM BLOGLIST BLOG KAKLONG !  . huhu

Sekian.
Read More

25 September 2016

RANCANG PERJALANAN BLOG KALAU ANDA SERIUS UNTUK BERBLOG !

RANCANG PERJALANAN BLOG KALAU ANDA SERIUS UNTUK BERBLOG ! |  Baik, hari ini aku menulis kembali untuk mendapat semangat setelah tak bersemangat sebelum ini. untuk blogger baru, tips ini mungkin berguna untuk korang yang nak stay lama dalam dunia blog. Aku dah jumpa ramai orang yang ada blog, tapi hanya untuk beberapa ketika sahaja,kemudian dia putus asa.


Panduan Blogger


Aku tak mau blogger yang betul-betul serius buat blog tapi akhirnya kecundang. Jangan ya . Bila dah mula, maka habiskan. Insyaallah ada hasil . Macam korang baca dalam tajuk entri ini mengenai rancang perjalanan blog anda . kenapa aku suruh korang rancang perjalanan blog ? sebabnya aku nak korang nampak apa yang korang nak hasilkan dari blog. aku tahu korang hanya menulis mungkin sekadar suka-suka. tetapi apasalahnya kita letak target. mana tau,rezeki kita murah untuk dapat jana income online ? cuba pikiaq tengok na.

Berbalik kepada perancangan perjalanan blog , aku tak tahu nak rancang perjalanan blog korang, aku hanya kongsikan mengenai perjalanan blog aku dan aku nak korang cuba ikut. kalau tak pun ,korang baca jela entri ni sampai habiskan.tak pun share dekat fb , insyaallah dapat pahala. hehe

Aku mulakan blog yang tidak fames, orang tak kenal . aku mula merancang untuk 6 bulan pertama ,apa yang aku nak . aku kata aku nak dapat follower tambahan, so aku teruskan usaha dan fokus kepada follower. aku nak fokus kepada pembaca blog dari google , jadi aku kena kuatkan dari segi SEO dan content yang kukuh. maka aku teruskan mencari benda itu . kedua-dua benda ni, aku hanya dapat satu sahaja, iaitu pembaca dari google. Followers aku tak tingkatkan sangat sebab aku malas join segmen. hahaha

Selepas 6 bulan , korang kaji balik apa yang korang dah buat. kalau perlu kekalkan,maka kekalkan . kalau tak mau teruskan, maka tinggalkan sahaja dan mulakan perancangan baru yang lebih sesuai dengan blog korang . Semalam aku ada update dekat facebook aku mengenai penulisan entri . aku minta blogger untuk keluar dari confort zone dan cuba benda baru sebabnya aku pernah cuba benda baru, dan aku meninggalkan perkara lama yang aku tulis dulu kerana benda baru atau cara baru ini lebih menguntungkan.




Dalam kata lain, fasa 6 bulan pertama ini adlaah fasa experiment. buatlah pelbagai eksperiment untuk blog korang. dan tolong baca apa yang pembaca blog korang nak dari korang. maka tulislah apa yang mereka nak dan pada masa yang sama tambahlah apa yang anda ingin tuliskan. ingat, itu blog anda, bukan blog sesiapa jadi anda berhak untuk menulis apa sahaja di sana. tak perlu takut. Jadi rancang perjalanan blog anda, supaya anda mampu memperoleh kejayaan dalam dunia blog .

Aku tulis ini bukan bermakna aku terbaik, aku pun masih belajar, aku hanya kongsi dengan blogger baru untuk kita saling menguat semangat antara satu sama lain. aku bukan cikgu atau sifu ,aku hanya seorang kawan korang.

Sekian.


Read More

IMPIAN SEORANG BLOGGER !

IMPIAN SEORANG BLOGGER ! | Kali ini , aku nak kongsikan perkara yang menjadi impian untuk seorang blogger . Aku tahu ramai yang tak tahu matlamat sebenar dalam berblog. aku berani katakan, fasa blogger menulis kerana minat mungkin sudah terkubur kerana pelbagai peluang yang mampu di raih dengan hanya menjadi blogger.


IMPIAN SEORANG BLOGGER !


Antaranya adalah blogger mampu menjadi income sampingan, bina network dan sebagainya . Tujuan blogger sebenarnya adalah untuk menulis segala-galanya yang mereka mahu berkaitan topik yang mereka . Sebab blog adalah kepunyaan hak individu jadi,terpulang kepada blogger tersebut mencorakkan blog mereka .

Setiap blogger mempunyai impian antara impian mereka adalah agar pembaca blog mereka dapat informasi yang di cari sehingga membawa pembaca blog tersebut ke blog mereka . Ada pula blogger mempunyai impian untuk menguasai media sosial . aku nak jadi abang long kawasan katanya. terpulanglah kepada mereka mengenai impian mereka tersebut.

Satu sahaja aku nak ingatkan, jangan abaikan tanggungjawab kita untuk menyampaikan informasi kepada pengguna. Jangan biarkan mereka tertipu . Kalau nak cari rezeki dengan blog, pastikan tidak menindas orang lain dan sebagainya. semoga amal baik kita di berkati dan di redhai. tak salah untuk mempunyai impian, realisasikanlah impian anda. semoga berjaya .

Sekian.
Read More

22 September 2016

TAK LIKE STATUS DI KATAKAN TAK SUPPORT KAWAN ?

TAK LIKE STATUS DI KATAKAN TAK SUPPORT KAWAN ?  ||  Perbincangan kita kali ini lebih berkisar kepada pendapat . jadi apabila berkisar mengenai pendapat, aku menghargai pendapat korang sama ada menyokong atau tidak . jadi aku harap korang juga menghormati pendapat aku . Sejak dua menjak ini aku baca banyak status yang seakan-akan memberi maksud "TAK LIKE STATUS DI KATAKAN TAK SUPPORT KAWAN ? " .


TAK LIKE STATUS DI KATAKAN TAK SUPPORT KAWAN ?



Betul ke macam ni ? Kita dikira tidak support kawan sebab kita tak like atau komen di status fb mereka ? bagi aku mungkin faktor kita sendiri yang kurang mesra dengan kawan kita tu, sesetengah orang ada barrier atau penghadang untuk dia berkomunikasi dengan orang lain . jadi mungkin dia tak like atau comment itu bersebab jadi kita janganlah terasa hati ya .

Mungkin juga Status korang tak naik langsung dekat wall dia, jadi tak kan korang nak harap dia stalk korang kot. betul tak ? aku nak tanya, korang rajin ke stalk kawan korang ? atau korang hanya sekadar melihat apa yang ada di wall korang jer ? .


Dan yang terakhir adalah, setiap pengguna media sosial berhak menentukan sama ada dia nak like atau tidak, kita hanya perlu sangka baik sahaja, kalau kita perlukan like, apa kata korang minta dekat orang yang korang nak dia like tu sama ada dengan pm atau korang komen direct dekat dia. ramai dah yang buat macam ni.

Sebagai penutup, aku ingatkan sekali lagi, ini hanyalah pendapat aku, aku tak salahkan korang kalau korang berbeza pendapat dengan aku . aku tulis ni pun sebab suka-suka, blog ni jarang di update,sebab tu aku tulis tu. hehe aku hormat pendapat korang. Maaf salah silap.

Sekian.

Read More

21 September 2016

KENAPA SAMSUNG NOTE 7 BOLEH MELETUP ?

KENAPA SAMSUNG NOTE 7 BOLEH MELETUP ?  ||  Baru-baru ini banyak kes yang melibatkan samsung note 7 meletop sehinggakan menimbul keraguan kepada pengguna sama ada betul ke telefon samsung note 7 boleh meletup. Menurut laporan dari pihak samsung sendiri, mereka telah mendapat 23 laporan mengenai samsung note 7 meletup sejak dari pelancaran telefon bimbit itu tempoh hari .


KENAPA SAMSUNG NOTE 7 BOLEH MELETUP ?


Dan selepas siasatan di buat, ternyata betul dakwaan pengguna yang mendakwa telefon bimbit samsung note 7 meletop kerana baterinya meletop. ia di akui oleh pihak samsung selepas melakukan siasatan. oleh sebab itu pihak samsung telah memberhentikan sekejap penghantaran telefon bimbit samsung note 7 ke tempat lain sebagai langkah berjaga-ja.

Jadi terjawab sudah persoalan mengenai kenapa samsung note 7 boleh meletup ? . Ia melibatkan bahagian bateri samsung note 7 yang menyebabkan telefon bimbit berkenaan meletop . Syarikat penerbangan seperti MAS dan singapore Airline juga melarang penumpang mereka membawa masuk Telefon bimbit samsung note 7 ketika di dalam pesawat kerana bimbang kejadian yang tidak di ingini berlaku .

Sekian.


Read More

20 September 2016

MANUSIA INGIN MENJADI HERO MEDIA SOSIAL !

MANUSIA INGIN MENJADI HERO MEDIA SOSIAL !  || Pelbagai isu yang berlegar dalam kalangan pengguna media sosial . Isu-isu ini di perdebatkan untuk mencari siapa yang betul dan siapa yang salah. sedangkan kita sebagai pengguna media sosial harus tahu satu perkara,apabila ia berkaitan pendapat, maka ia tidak semestinya akan ada betul atau salah . Ia lebih kepada kita untuk menghormati pendapat orang lain .


social media hero !


Ada segelintir yang sanggup menggunakan kata-kata kesat untuk mematikan hujah rakan lain. Ada pula sanggup bergaduh semata-mata nak cakap hujahnya paling tepat. Antara topik yang menjadi bualan sebelum ini adalah isu vaksin, isu pokemon go,isu tahlil dan pelbagai isu lagi yang berlegar dalam kalangan rakyat malaysia.

Aku rasa, rakyat malaysia perlu belajar apa yang di namakan kaedah menerima sesuatu ilmu terutamanya dalam bidang keagamaan. Ulama dah gariskan panduan yang baik untuk kita dan jika kita ikut panduan mereka, pasti tidaka akan belaku pergaduhan. Mereka juga memberikan kita kefahaman dalam penerimaan sesuatu pendapat.

Dan yang terakhir sudah pasti seseorang itu perlu berlapang dada dalam menerima pendapat yang bercanggah dengannya . Aku yakin ramai yang nak menang bila berhujah.tetapi dia tidak sedar, kalau dia berlapang dada dengan perdebatan ,maka dia lebih layak di gelar pemenang kerana meletakkan pendamaian sebagai jalan utama dan mengelak pergaduhan dalam perdebatan.

Pendek kata, semua ini berkaitan dengan akhlak atau adab di media sosial. Semakin hari,rakyat malaysia makin hilang adab tak kira di dalam media sosial atau pun di luar media sosial.seakan-akan nilai baik yang di ajar sudah pudar dari hati-hati mereka. Kita doakan agar,rakyat kita mula kembali faham mengenai adab dan mengamalkannya.

Sekian.


Read More

19 September 2016

MENULIS BLOG SEBENARNYA BUKAN SEKADAR MENULIS !

MENULIS BLOG SEBENARNYA BUKAN SEKADAR MENULIS ! ||  Seorang blogger kena banyak belajar teknik penulisan . ada situasi kita perlu teknik penulisan yang berbeza untuk menyampaikan info kepada pembaca blog kita . ada kala kita perlu nada tinggi,adakala kita perlu nada santai dan menarik .ia mesti bersesuaian dengan kondisi dan keadaan penulisan entri tersebut .

CARA MENULIS BLOG



Kenapa aku kata, menulis blog sebenarnya bukan sekadar menulis ?

Kerana,siapa yang menulis blog kalau dia tak buat 3 perkara ini,mesti susah untuk di update netri.pertama research, kedua gambar dan ketiga adalah pendapat . kalau tak ada 3 perkara ini,penulisan blog akan jadi kurang memuaskan.

Dengan hujah tersebut, dapat menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menganggap blogger hanya menulis apa yang dia nak sahaja. Namun hakikatnya,ramai blogger yang ambil masa mereka untuk menulis demi menyampaikan maklumat kepada pembaca.

Bukan mudah kerja blogger.tambah-tambah yang perlu review produk dan  pergi event yang di jemput. mereka juga ada masa.mereka juga punya keluarga. namuna tas dasar kerja,mereka rela kan juga. jadi janganlah terlalu menghina blogger-blogger. mereka juga manusia dan mereka juga perlu kekuatan dari sudut pembaca yang ramai .

Kalau anda berminat nak jadi blogger,pastikan bila anda sudah masuk dan jadi blogger, jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. teruskan dan jangan putus asa. insyaallah ,hasil akan muncul selepas itu.

Sekian .

Read More

18 September 2016

APABILA BLOGGER DAPAT CAMERA !

APABILA BLOGGER DAPAT CAMERA ! | Sebelum ini , aku pernah ceritakan dekat blog aku mengenai satu masalah yang aku hadapi iaitu camera blur . jadi aku dah selesai kan masalah ini , korang boleh rujuk entri ini . Selepas aku selesaikan masalah camera blur, tangan aku jadi tak tentu arah, kejap-kejap rasa macam nak snap gambar, lepas tu nak penuh kan Timeline instagram aku . hahaha

Mungkin juga sindrom blogger dan photographer dan mula merasap kembali selepas beberapa tahun menyepikan diri dari gambar . alhamdulillah, masalah camera blurr yang aku cakapkan tu aku atasi tanpa mengeluarkan kos pun. boleh cuba . Sebagai seorang blogger, Gambar dan camera amat penting dalam menjadi support kepada kita untuk menulis entri .

GAMBAR DARI PHONE BLOGGER KATA UBAID !

TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA, PENANG

TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA, PENANG

Ini cerita hari ini, aku dan family pergi ke Food Mega Festival dekat Tapak Ekspo Seberang Jaya . Sebenarnya tak plan pun nak pi, tapi dah alang-alang jalan dekat seberang ,tu yang singgah tu. ada je lagi gambar-gambar menarik dalam phone,tapi kesian lak dekat follower instagram, kang penuh dengan gambar aku ja. hehe

Antara tips korang banyakkan entri adalah dengan mengupas mengenai gambar yang korang rasa unik dan baik untuk pembaca korang. adakala ,kita blur dan tak tahu nak tulis apa dalam entri.dari kita biarkan entri itu kosong dan tidak berpenghuni, apa salahnya kita update pasal gambar. dan jangan merapu terlalu jauh ye. sebabnya, kadang-kadang orang datang ke blog kita nak tahu apa yang korang cerita di sebalik gambar dan tajuk entri korang.

Jangan menipu pembaca kalau korang nak diorang datang dan jengah blog korang.Dan yang terakhir, pastikan guna teknik SEO dalam gambar supaya ada traffic yang datang ke blog kita dari google image. Semoga bermanfaat untuk kita.

Sekian.
Read More

17 September 2016

SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST BLOG TIPS BLOGGER !

SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST BLOG TIPS BLOGGER ! ||  Segmen pertama yang di anjurkan oleh blog tips blogger ini adalah bertujuan untuk menambah kenalan dan juga mengeratkan hubungan antara blogger-blogger yang wujud di malaysia . Selain itu, memberi peluang kepada blogger untuk berkenalan dengan Blog Tips Blogger secara Khusus dan mengetahui fungsi blog tips blogger ini .




SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST BLOG TIPS BLOGGER !

Syarat-Syaratnya adalah 

1. Follow blog Tips Blogger dan Google+ Account .
2. Buat Entri Bertajuk " SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST BLOG TIPS BLOGGER #1 "
3. Copy Coding di bawah dan pastekan di ruangan Html entri anda .
pastikan entri korang di backlink ke entri ini :)
Copy coding Entri yang di sediakan ini




4. Publish entri dan tinggalkan link entri anda di ruangan komen di entri ini .
5. Masukkan link blog Tips Blogger kedalam bloglist anda .
6. Share entri anda di media sosial anda . gunakan hashtag #segmentipsblogger ( 1 post je)
7. Selesai .

Hadiah-hadiah yang di tawarkan !

Semua blog yang menyertai segmen ini akan di letakkan di dalam entri bloglist blog Tips Blogger. Rata-rata pengunjung blog tips blogger adalah dari kalangan blogger, jadi kebarangkalian mereka terjah ke blog anda untuk blogwalking juga tinggi.

**pastikan anda tidak remove bloglist selepas segmen ini berakhir .

Segmen akan berlangsung selama 1 hari setengah sahaja ! Siapa cepat dia dapat !

17 September 2016 sehingga 18 september 2016 ( 11.59 malam ) .

Selamat mencuba !


Pengenalan mengenai Blog Tips Blogger .

Blog ini di wujudkan untuk mengumpul tips berkaitan ilmu-ilmu blogger untuk membantu blogger-blogger baru dan lama menyelesaikan masalah berkaitan blogger yang mereka hadapi . Adakala admin akan update mengenai tutorial, tips adsense, nuffnang dan sebagainya berkaitan dengan hidup seorang blogger. jadi tak rugi kalau anda follow blog ini.

Sekian .

Read More

16 September 2016

BETUL KE PENGGUNA CELCOM DAPAT 1GB FREE ?

BETUL KE PENGGUNA CELCOM DAPAT 1GB FREE ? | Jawapannya adalah betul ! . Semalam aku dapat informasi ini dari Blogger Lisa , dia post di facebooknya dengan mengatakan bahawa pengguna celcom di minta untuk redeem 1gb data dari celcom sepanjang satu hari iaitu hari ini. Jadi cepatlah korang pergi redeem . Cara nak dapat 1 gb data celcom ! adalah seperti Berikut .

Send Mesej  CHAMPION ke 28882.


BETUL KE PENGGUNA CELCOM DAPAT 1GB FREE ?


tunggu sampai korang dapat pengesahan dari celcom mengenai redeem 1 gb data dari celcom . Lepas tu korang boleh guna seperti biasa. Oh yaa, aku nak bagitau ni, aku dah redeem dan dah dapat pengesahan dan aku tengah menggunakan internet 1 gb dari celcom ini ! percuma ! Selamat mencuba !

Sekian.


Read More

14 September 2016

KENAPA KENA TUKAR NAMA FACEBOOK ?


KENAPA KENA TUKAR NAMA FACEBOOK ?  | Kecoh di facebook aku mengenai perlu tukar nama akaun facebook mengikut nama asal . Selepas beberapa isu yang berlaku di facebook , setakat ini sudah ada akaun facebook yang di delete oleh facebook sebab melakukan kesalahan seperti yang di ceritakan oleh Tuan Khairi Ariff dalam facebook milik beliau . korang boleh baca seperti di bawah .





KENAPA KENA TUKAR NAMA FACEBOOK ?


Sebelum ini Saudara Hafiz Mansor juga ada menyebut perkara yang sama iaitu beliau meminta agar pengguna facebook menukar nama facebook mengikut nama asal kerana facebook mengeluarkan polisi baru mereka. mungkin bertujuan untuk mengelakkan spam  dan sebagainya .



Jadi , mesti korang tertanya, perlu ke tukar nama facebook ? . Aku harap korang baca kisah blogger cik sepet a.k.a mawar biru ini dulu sebelum buat keputusan sama ada nak tukar atau tidak . Beliau mengalami permasalahan apabila tiba-tiba tak boleh log in facebooknya dan di minta oleh facebook untuk menukar kepada nama asal dan perlu mengemukakan bukti nama tersebut. Kalau korang ambil keputusan nak tukar, silakan . kalau tak mau tukar pun silakan. tetapi yang tak bolehnya dok kondem orang yang tukar nama facebook tu ya.

Semoga bermanfaat.

p/s : aku tukar nama fb aku  sebagai langkah berhati-hati . :)

Read More

DASHBOARD BLOGGER KEMBALI NORMAL !

DASHBOARD BLOGGER KEMBALI NORMAL !  ||  Setelah beberapa minggu, dashboar menjadi kecil atau shrink . Masalah dashboard mengecil sudah pun di atasi oleh pihak blogger.com . Kini anda boleh menggunakan dashboard seperti sedia kala di mana ia lebih besar dan lebih mudah untuk di edit berbanding dengan dashboard yang kecil sebelum ini .

Masalah utama dashboard blogger jadi kecil adalah apabila kita nak edit layout blog. sesetengah layout terlalu besar dan kita tidak dapat nak edit di bahagian yang lain. dan kelemahan dashboard kecil juga adalah ia tidak mempunyai scroll dari kanan ke kiri . Sebaliknya hanya ada scroll bar untuk scroll dari atas ke bawah .


masalah dashboard mengecil


Ini menyukarkan para blogger untuk edit dan menghadkan pergerakkan blogger untuk menggunakan dashboard blogger. semoga masalah dashboard mengecil ini yang sudah diselesaikan oleh pihak blogger dapat membantu para blogger untuk kembali menulis secara elok.

Sekian .


Read More

13 September 2016

20 MOST EXPENSIVE KEYWORD IN GOOGLE ADWORDS !

20 MOST EXPENSIVE KEYWORD IN GOOGLE ADWORDS !  ||  Keyword amat penting bagi blogger dari keyword ,ramai pengunjung yang akan terjah ke blog kita untuk mendapatkan maklumat yang di cari . Selain itu, keyword juga mempunyai nilai pasarannya yang tersendiri . Ia boleh di lihat jika anda meletak kan iklan seperti adsense . Antara keyword yang mahal ada seperti dalam gambar di bawah .



20 MOST EXPENSIVE KEYWORD IN GOOGLE ADWORDS !


Berdasarkan gambar ini, terdapat banyak keywords yang berharga mahal dan di bayar kepada pengiklan yang meletakkan iklan di blog mereka . Salah satu tips untuk memastikan kita di bayar mahal adalah dengan menulis mengenai keyword-keyword mahal ini . Kalau nak lagi cantik, tulis dalam bahasa Inggeris .

Semoga entri 20 most expensive keyword ini membantu korang dalam menulis entri di blog masing-masing.

Sekian.

Read More

08 September 2016

CARA LETAK FOLLOWER WIDGET DEKAT BLOG !

CARA LETAK FOLLOWER WIDGET DEKAT BLOG ! | Hari ini sekali lagi aku terlupa yang aku belum update perkara basic untuk seorang blogger letak di dalam blog mereka. terima kasih buat mereka yang ingatkan . hehe kali ini aku nak kongsikan mengenai Cara letak Widget Follower dekat blog . Aku tahu tutorial ini dah ramai yang buat dan dah ramai yang tahu. tapi aku tetap nak update juga .

Caranya mudah sahaja , korang follow gambar di bawah ya .


CARA LETAK FOLLOWER WIDGET DEKAT BLOG !


Siap !

Sebenarnya button followers tu agak tersembunyi sebabnya dia tidak duduk sekali dengan widget basic blogger. jadi kena godek-godek sikit di bahagian more gadget. baru jumpa. aku harap entri tutorial cara letak followers dekat blog ini bermanfaat dekat korang walaupun simple sahaja. nampak macam pemalas lak update entri pakai gambar tu je. hahahaha jom follow blog ini. kesian dia, tak ada sapa nak follow dia. hehe

BACA JUGA : Button unfollow di blog !


sekian .

TAWARAN MENARIK UNTUK BLOGGER ! 

Aku nak Exchange link blog ini untuk di letakkan di dalam bloglist blog korang . dan aku akan letak link blog korang di dalam bloglist blog ini. aku harap sangat dapat letak blog ni dalam bloglist korang itu pun kalau korang sudi lah kan.* sambil buat muka sedih . korang letak link blog korang dekat bahagian komen. nanti aku update blog lis blog ini dan korang letak link blog ni dkt blog korang. kalau sudi, boleh komen .
:)

Read More

07 September 2016

TENGOK LAYOUT BLOG ANDA !

TENGOK LAYOUT BLOG ANDA !  ||  Sebelum aku membebel dengan lebih jauh , aku nak bagitau ni, entri ini aku tulis untuk blogger baru ya , kalau anda dah lama dalam dunia blogger,  nak skip pun tak apa . Entri susunan layout blog ini bertujuan untuk mengemaskan lagi blog kita supaya dapat menarik minat pembaca dan juga mengelakkan dari kelihatan serabut apabila orang singgah ke blog kita . Layout dan template adalah dua benda yang berbeza. yang aku maksudkan layout adalah macam dalam gambar di bawah . template adalah bila korang buka blog korang menggunakan Url yang korang pilih .


TENGOK LAYOUT BLOG ANDA !


Selalunya, Layout blog terbahagi kepada 4 bahagian , Header, Post Wrapper , Side bar dan footer . Dan dari 4 bahagian ini 2 bahagian yang orang selalu terlepas pandang iaitu Sidebar dan Footer . Sekarang korang klik blog korang sendiri dekat new tab . Tengok di bahagian sidebar korang , adakah susunan gadget korang kemas dan teratur ? ada tak widget yang terberguna yang masing berada di dalam blog korang ? kalau ada boleh buang semua itu. hahaha kejam tak aku .

Berdasarkan pengalaman aku, sekarang ini ramai yang lebih suka tengok template blog yang simple dan kurang shining-shining . Tak salah letak , cuma mungkin boleh pertimbangkan kalau benda tu tak ada, adakah blog kita akan tiada pengunjung atau masih ada pengunjung. jawapannya ya, akan masih ada pengunjung .

Kebanyakkan pencari info yang datang ke blog kita hanyalah untuk mencari info dan kemudian mereka keluar dari blog kita. jadi kita sebagai blogger, kita mesti nak orang yang baca blog kita untuk duduk lama di dalam blog kita, jadi elakkan dari menggunakan widget yang menyebabkan orang lari dari blog kita .

Susunan layout untuk Sidebar selalunya akan ada Author yakni penulis blog tersebut . kalau boleh letak gambar sendiri dan cara orang nak contact korang . Yang kedua, Follower, Popular post  dan blog list jika ada .

Bagi Footer pulak, pastikan blog anda tidak terlalu kebawah kerana letak banyak widget di bahagian footer kerana bimbang, bahagian tersebut tidak di baca oleh pembaca blog anda. Elakkan letak, Popular post di bahagian footer . kalau nak letak pun , limitkan kepada  5 entri sahaja ,kerana kita tak mau blog kita nampak cacat bila widget yang kita guna tersebut terlalu memanjang ke bawah. sebab itu popular post selalu di letakkan di sidebar.

Antara item yang boleh korang letak di bahagian footer adalah  Pageview ,Histats dan mungkin juga Follower. pastikan tak memanjang ke bawah . Aku tahu, mungkin kita baru berblog ini rasa excited sehinggakan semua benda kita nak letak, malah ada benda yang berulang di blog kita. ada yang di side bar dan ada juga di footer. elakkan letak dua perkara yang sama di dalam satu blog. takut ia memberatkan loading blog kita.

Letak widget yang perlu sahaja, biar nampak simple dan cantik . kalau kita tengok sebagai orang luar, kita akan rasa blog kita macam mana sama ada membantu atau tidak dalam mengekalkan pembaca di blog kita. kalau tidak, maka pengubahsuaian blog perlu di lakukan supaya lebih menjadi tarikan untuk pembaca.

Ramai dah blogger yang sudah tukar template kepada lebih simple dan menarik. dan ramai juga blogger meninggalkan template blogger untuk mencari template yang responsive dan sesuai mengikut masa kini . Insyaallah apa template responsive pulak ini ? haha nantilah aku cerita, panjang lak aku tulis hari ini. Semoga bermanfaat . mulakan dengan mengemas blog agar lebih baik pandangan sebelum meneruskan rentak lain untuk berjaya di dalam dunia blog .

Sekian.

saya kongsikan pandangan dan pengalaman saya sahaja. saya bukan sifu , saya masih belajar. boleh ikut atau tk nak ikut pun tak pa :)

Read More

05 September 2016

CARA LETAK GAMBAR INSTAGRAM DALAM ENTRI BLOG !TERKINI !

CARA LETAK GAMBAR INSTAGRAM DALAM ENTRI BLOG ! || Sebelum ini , aku ingat aku dah pernah tulis berkenaan tutorial cara letak gambar instagram terkini dekat blog aku. rupanya tidak ada . Jadi aku ambil enisiatif untuk menulis di blog sebagai rujukan kepada blogger di luar sana .Sebenarnya, aku tulis ini pun selepas di tanya oleh blogger Mama Jue mengenai cara letak gambar instagram di blog . aku cari dekat blog aku rupanya aku tak tulis pasal ini. sebab itu aku tulis entri ni. 


CARA LETAK GAMBAR INSTAGRAM DALAM ENTRI BLOG !TERKINI !


1. Buka instagram korang di google chrome atau mana-mana sahaja yang korang nak buka .
2. Klik gambar yang korang nak letak di dalam entri .
3. Nampak tak kotak merah macam di bawah, klik 3 titik yang ada di situ.

CARA LETAK GAMBAR INSTAGRAM DALAM ENTRI BLOG !TERKINI !

 4 . Klik Embed

CARA LETAK GAMBAR INSTAGRAM DALAM ENTRI BLOG !TERKINI !

5.Copy Code tersebut .

CARA LETAK GAMBAR INSTAGRAM DALAM ENTRI BLOG !TERKINI !

6. Masuk ke entri korang . klik HTML di bahagian atas kiri bersebelahan dengan compose .
7.Pastekan kode tadi di mana-mana korang suka .
8. Lihat Hasilnya seperti gambar di bawah .
9. Selesai .





Mudah jer nak letak gambar instagram di dalam entri blog. Sebab utama letak gambar instagram adalah supaya gambar lebih cantik dan lebih matang dalam penggunaan widget terkini yang boleh di gunakan di blog. Tak ramai blogger guna kaedah macam ini . Selamat mencuba !

Sekian.

Read More

KELEBIHAN TUKAR DOMAIN BLOGSPOT KE DOT COM !

KELEBIHAN TUKAR DOMAIN BLOGSPOT KE DOT COM ! || Ramai yang tanya mengenai kelebihan bertukar domain blogspot ke dot com . Aku pada mulanya tidak minat nak tukar ke domain dot com tapi akhirnya aku sedar yang blog aku tak mampu hidup tanpa domain dot com. apa maksud ubai ? blog berstatus blogspot agak susah untuk duduk di first page google berbanding blog yang berdomain dot com . kalau korang tak percaya cuba search di google dan tengok majoriti blog yang ada di first page google adalah blog yang berdomain apa ? .

Aku pernah menggunakan blogspot untuk beberapa tahun, dan aku juga baru menggunakan domain dot com untuk dua tahun dan aku merasai perbezaan apabila menggunakan domain dot com. Selain itu, kita lebih mudah untuk membina jenama atau nama kita berdasarkan nama blog. sebagai contoh nama-nama besar di dunia blog adalah seperti Ben Ashaari , Hasrul Hassan , blogger lelaki dan sebagainya. Orang ramai kenal mereka kerana blog mereka dan jenama yang mereka bawa supaya orang mengenali mereka .


KELEBIHAN TUKAR DOMAIN BLOGSPOT KE DOT COM !


Domain dot com juga membantu kita menambah bilangan traffic . ia betul-betul berfungsi apabila blog kita berada di page pertama search enjin google. dari situ kita akan mendapat traffic yang agak tinggi dan membantu blog kita untuk lebih di kenali . Penting bagi sesebuah blog di kenali kerana dari situ kita dapat menarik pembaca untuk kembali ke blog kita untuk mendapatkan sebarang info dari penulisan kita .

Pendek kata, Domain dot com lebih baik dari blogspot atas beberapa sebab macam aku sebut di atas. mungkin pengalaman orang lain berbeza dengan aku . aku tulis ini hanya berdasar pengalaman yang aka lalui . dan di akui ia betul . Kalau korang berminat dan ingin menukar dari blogspot ke dot com, korang boleh baca entri ini sebagai rujukan .

Sekian .
Read More

04 September 2016

ADA YANG MINTAK AKU BERHENTI JADI BLOGGER. INI JAWAPAN AKU !

BERHENTI JADI BLOGGER |  Aku tahu, ramai yang tak tahu apa tugas sebenar blogger kepada masyarakat. dalam mind set mereka, hanyalah blogger ini tugasnya update entri dan berita terkini semata-mata . Untuk pengetahuan korang, blogger ni bukan tugasnya semata-mata menulis entri berkaitan berita semata, tugas kami lebih kepada memberi pandangan mengenai sesuatu perkara dan isu yang kami nak ceritakan di blog kami .

Ada juga aku pernah baca ada yang menulis mengenai blogger ni semua benda nak tunjuk dekat orang . Bagi aku ,sudah semestinya seorang blogger perlu menunjukkan apa yang dia buat walaupun hanya memasak masakan untuk makan tengah hari. orang panggil ia sebagai teknik engagement dengan pembaca di media sosial . Teknik ini penting untuk blogger agar mereka terus " hidup " di media sosial .


BERHENTI JADI BLOGGER


Kalau anda seorang blogger dan anda " mati " di media sosial, satu kerugian buat anda dan blog anda. kerana kebanyakan pembaca datangnya dari media sosial seperti fb dan instagram . Aku yakin mesti ada blogger yang mempunyai pengalaman di minta untuk undur diri dari menjadi seorang blogger dengan alasan ia tidak beri manfaat kepadanya .

Aku pun pernah dapat permintaan macam tu, tapi aku bagi jawapan ini , aku penat-penat pastikan blog aku ada pembaca macam sekarang, aku penat-penat cari follower sebab nak make sure blog aku ada pembaca. Aku gigih buang masa aku cari source untuk buat entri macam mana sekarang ini,  ingat senang ke aku nak berhenti .

Walaupun penat pi kelas dan sebagainya, aku tetap di sini menulis blog walapun aku rasa tidak ada pembaca yang akan baca .aku tetap menulis kerana ini cara aku untuk aku kongsi kehidupan aku. walaupun orang cakap, blog aku sampah tak ada manfaat dan bla-bla-bla. tetapi korang tak tahu apa yang aku dapat dari blog aku.

nampak tak panjang jawapan aku. hahaha buat blogger, apa jua cabaran mereka kepada kita. jangan berhenti dari apa yang korang telah buat. kalau berhenti, pasti susah untuk memulakannya balik. Yang bukan blogger, jangan mintak kami berhenti, kerana kami tidak akan berhenti sehingga sampai waktunya/

Sekian .


Read More

01 September 2016

MISI ADSENSE #4 !

MISI ADSENSE #4 !  || Agak lama aku berhenti menulis mengenai adsense sejak dari siri Misi Adsense yang ke 3 . Jadi , kali ini aku mulakan balik pengisian mengenai adsense untuk bacaan kita . Di akhir entri misi adsense #3 aku ada cakap yang aku nak ceritakan mengenai kedudukan adsense terbaik yang boleh menjana pendapatan yang agak lumayan .

Kedudukan iklan ini hanyalah sedikit effectnya jika kita tidak mengubah sendiri apa yang penting iaitu traffic blog. Ingat, kalau traffic blog sikit, jangan harap nak dapat bayaran tinggi dari adsense. aku dah baca banyak mengenai adsense dan itulah kesimpulan yang aku mampu buat. nak power adsense, kena tingkatkan traffic, kalau tidak tak kemana juga .

Berkenaan dengan posisi adsense , lokasi yang terbaik adalah iklan di letak di tempat lihat utama pembaca blog anda . maksudnya, kalau pembaca buka blog anda, first sekali dia akan nampak apa ? rujuk gambar di bawah .

Tempat paling best letak  iklan adsense

korang tengok gambar di atas ini, ia adalah kedudukan iklan apabila korang buka blog www.kataubaid.com . melalui pembacaan aku, iklan seperti ini lebih mudah untuk mendapat peningkatan adsense berbanding iklan yang agak tersembunyi . yang penting ingat satu jer, ia paling mudah di lihat oleh pembaca blog anda .

kalau berkaitan saiz adsense yang sesuai untuk blog dan terbaik setakat ini adalah 300x250, 728x90 dan large rectangle . ada pun bagi aku, saiz iklan bergantung kepada blog korang, cuba cari dan letakkan iklan yang betul-betul sesuai dan tidak serabut pada pandangan mata pembaca. selain itu, jangan lupa,untuk tengok melalui phone . bagaimana kedudukan iklan anda jika pembaca blog anda yang selalu membaca melalui phone. itu penting juga untuk diambil berat .  pastikan iklan anda tidak jatuh terlalu bawah ke tempat yang bukan tumpuan pembaca blog anda.

Selalunya iklan di side bar akan berada di bahagian bawah selepas entri kalau korang buka melalui telefon bimbit korang, jadi pastikan ada iklan lain yang membantu korang untuk dapat earning adsense korang ya . Sebelum ni ,aku tak berapa perasan sangatn benda tu, sejak aku mula tahu yang pembaca blog aku kebanyakkannya membaca dari telefon bimbit, maka sekarang aku lebih utamakan untuk meletakkan iklan yang sesuai dengan pembaca yang membaca di telefon bimbit supaya tidak serabut dan terlalu besar .

aku harap korang faham lah ya apa yang aku terangkan. kadang-kadang bahasa macam keling sikit. haha untuk misi adsense #5 , korang nak tahu apa-apa tak pasal adsense ? nanti boleh aku kkongsikan dengan korang. komen di bawah ya .


Misi adsense 1
Misi Adsense 2
Misi Adsense 3


Sekian.


Read More