MISI ADSENSE #1

MISI ADSENSE #1 | Mesti ramai yang ingin tahu apa yang aku nak tulis di sebalik tajuk Misi Adsense #1 ini. Sebenarnya, blog aku sudah dapat approval dari adsense sejak awal tahun 2016 iaitu pada januari 2016 . Mulanya, aku tak berani nak apply sebab yelah blog aku bukan sehebat sifu-sifu blogger yang lain. blog aku hanya sekadar coretan biasa sahaja. Namun di sebabkan aku ingin mencuba, maka aku pun apply adsense pada penghujung disember 2015 .

Masa pertama kali aku apply, aku dapat email yang mengatakan permohonan aku tidak di luluskan untuk meletakkan adsense atas beberapa sebab. Antara sebab utamanya adalah penulisan aku yang terlalu pendek . Jadi aku ambil teguran tersebut dan segera buat perubahan seperti yang di  minta. selepas beberapa hari, aku dapat email dari adsense yang mengatakan iklan adsense telah muncul dalam salah stu entri aku. bermula dari situ, aku telah di approve untuk meletakkan iklan adsense sampai lah sekarang.


MISI ADSENSE #1 tips adsnse


Aku tahu ,ramai antara blogger yang tak dapat kelulusan selepas apply adsense. ada yang mencuba lebih dari 3 kali tetapi masih belum dapat approval dari adsense. mungkin aku boleh cadangkan agar korang mengikut step dan teguran adsense mengenai entri korang. sabar dan terus menghantar approval ke adsense , Insyaallah akan okay. lagi satu, aku cadangkan korang tulis artikel panjang-panjang agar mudah untuk di luluskan account adsense korang. selepas korang tulis 50 entri panjangnya 300 perkataan ke atas, maka korang cuba apply kembali adsense. Insyaallah, permohonan korang akan di luluskan.

Selepas aku dah dapat iklan adsense di blog. Aku meletakkan iklan adsense tersebut di beberapa tempat. antaranya Header dan sidebar . Selain adsense, aku juga letak iklan nuffnang di blog yang sama. Rupanya, ia adalah kesilapan yang agak besar kalau korang nak menjana duit dengan adsense, adsense tak gemar ada pengiklanan lain di dalam blog yang di letakkan iklan adsense. Perkara ini aku baru sedar pada bulan ini ( ogos ) satu kerugian untuk aku.

Peringkat awal, jumlah earning harian aku hanyalah 0.01 dolar sehingga 0.10 dolar .mungkin faktor kesalahan tempat letak iklan adsense menyebabkan aku dapat earnings yang agak kurang dan mengecewakan. Sudahlah nuffnang mengecewakan , sekarang adsense juga mengecewakan aku. aku mula pasrah dengan kedua-dua medium ini, sehinggalah aku rasa aku nak ubah style iklan dan tempat letak iklan adsense di blog aku ke tempat lain.

Apa yang terjadi selepas itu ? nanti kan Misi adsense #2 akan datang .


baca juga : Misi Adsense #2

sekian.

**tulisan ini adalah pengalaman aku sendiri sejak mula menggunakan adsense pada januari 2016
**

0 comment... add one now

Visitors