CARA MENGATASI CAMERA PHONE JADI BLUR !

KAMERA HANDPHONE BLUR, INI CARA ATASINYA ! || Selepas beberapa tahun, aku hidup dalam keadaan keblurran. hahaha . barulah aku nekad untuk melakukan satu anjakan paradigma . Kalau korang nak tahu,camera phone aku ini sudah lama mempunyai masalah iaitu blurr di bahagian cermin yang menutup bahagian camera tersebut. hampir 3 tahun aku tak pakai camera belakang untuk ambil gambar. Selalunya sebagai alternatif, aku sering gunakan camera depan iaitu camera selfie. jadi sekarnag, aku sudah dapat keyakinan untuk membuat pembaharuan terhadap camera phone aku.

Kalau korang search di google " cara mengatasi camera phone blur " korang akan dapati banyak tutorial dan kaedah yang di sampaikan oleh blogger kepada korang. Namun cara yang terbaik adalah bawa ke kedai dan tukar bahagian camera itu sahaja. aku tak pasti berapa harga kalau tukar cermin tu. tapi kalau yang ingin buat sendiri atau tidak cukup bajet. maka aku kongsikan 3 cara hilangkan blurr pada camera phone anda .

1. Guna Ubat Gigi.

Seperti kita sedia maklum, ubat gigi mampu untuk menhilangkan calar bagi sesetengah item. jadi penggunaan ubat gigi juga mampu untuk menghilangkan blur di cermin camera anda.

cara-caranya

1.gunakan kain lembut atau tisu dan letakkan sedikit ubat gigi di kain tersebut .
2. sapu pada cermin luaran camera dan gosok beberapa kali dan tgk hasilnya.

kalau masih tidak ada perubahan, maka ulang step tersebut banyak kali sebelum bergerak ke cara ke 2 .

2. Letak pada haba panas.

letakkan handphone anda kepada haba. sebab kalau blur tu di sebabkan oleh wap air, maka wap itu akan hilang .

3. Cabut screen tersebut . *mcm dalam gambar di bawah .


CARA MENGATASI CAMERA PHONE JADI BLUR !


korang kalau nak cabut , korang kena buka handphone korang dalam kata lain ceraikan semua part. untuk ini,aku cadangkan korang search macam mana nak buka dan ceraikan. aku rasa ada yang buat tutorial macam mana nak buka.korang ikut tutorial dalam video ini untuk pengguna samsung note 1 sahaja 



aku sudah cuba, dah berhasil . cumanya screen yang cabut tu aku gantikan deng celotape. :) pastikan juga camera korang tak kena habuk atau air ya. selamat mencuba

rujukan tambahan : http://syaqiebworld.blogspot.my/2015/09/penyebab-dan-cara-mengatasi-kamera.html
Sekian.
kalau tak faham, korang komen dekat bawah yer. aku tulis ni agak terburu-buru takut ada yang tertinggal .

0 comment... add one now

Visitors