29 August 2016

WINDOWS MOVIE MAKER 2016 FREE DOWNLOAD !

WINDOWS MOVIE MAKER 2016 FREE DOWNLOAD ! | Sejak dari pagi tadi, aku sibuk mencari Software Windows movie maker . Tetapi asal download ja mesti ada error. dan install pun masih ada error. jadi aku kuatkan semangat dan terus mencari dan mencari sehinggalah berjumpa dengan link download windows movie maker ini. kalau korang nak download juga, di persilakan guna link yang aku sediakan di bawah .


WINDOWS MOVIE MAKER 2016 FREE DOWNLOAD !


Antara kelebihan guna Windows movie maker ini adalah mudah dan cepat untuk belajar berbanding dnegan adobe after effect dan sebagainya . Untuk simple edit video,  maka windows movie maker ini sesuai untuk anda. selamat mencuba !


Download link - http://lynk.my/jFSB

Sekian.
Read More

27 August 2016

FOLLOWERS PENTING UNTUK BLOGGER !

FOLLOWERS PENTING UNTUK BLOGGER !  ||  Blogger dan Follower berpisah tiada . Baru-baru ini , aku sempat blogwalking hampir80 lebih buah blog yang ada dalam senarai friendlist facebook aku. Dari situ aku rasa aku nak buat satu kesimpulan , blog yang mempunyai followers yang ramai a.k.a beribu-ribu mempunyai traffic yang agak stabil berbanding blog yang ada follower macam blog ini . agak-agak korang setuju atau tidak ?

Ini hanya pemerhatian aku ja , sebabnya ramai juga yang share traffic blog diorang dekat Timeline aku dan aku suka survey dan tengok blog-blog yang banyak traffic ini untuk aku dapatkan tips dan petua untuk aku improve blog aku . Selepas aku tengok traffic blog tersebut kemudian aku terjah ke blog tersebut dan melihat bilangan followersnya juga ramai. Bukan satu blog yang menjadi perhatian aku tetapi kebanyakan blog yang aku tengok yang mempunyai traffic yang ramai adalah blog yang mempunyai followers yang ramai .

FOLLOWERS PENTING UNTUK BLOGGER !

Followers mereka selalu lebih dari 1k . Bukan bermakna blog lain tak bagus, ada ja blog yang followersnya sikit tetapi traffic dia gempak . mungkin faktor SEO dan sebagainya . korang rasa betul tak pemerhatian aku ini. ke ada salah. kornag lebih lama dalam dunia blog mesti korang lebih faham . ce komen sikit.

Sekian.

Read More

23 August 2016

CARA MENGATASI CAMERA PHONE JADI BLUR !

KAMERA HANDPHONE BLUR, INI CARA ATASINYA ! || Selepas beberapa tahun, aku hidup dalam keadaan keblurran. hahaha . barulah aku nekad untuk melakukan satu anjakan paradigma . Kalau korang nak tahu,camera phone aku ini sudah lama mempunyai masalah iaitu blurr di bahagian cermin yang menutup bahagian camera tersebut. hampir 3 tahun aku tak pakai camera belakang untuk ambil gambar. Selalunya sebagai alternatif, aku sering gunakan camera depan iaitu camera selfie. jadi sekarnag, aku sudah dapat keyakinan untuk membuat pembaharuan terhadap camera phone aku.

Kalau korang search di google " cara mengatasi camera phone blur " korang akan dapati banyak tutorial dan kaedah yang di sampaikan oleh blogger kepada korang. Namun cara yang terbaik adalah bawa ke kedai dan tukar bahagian camera itu sahaja. aku tak pasti berapa harga kalau tukar cermin tu. tapi kalau yang ingin buat sendiri atau tidak cukup bajet. maka aku kongsikan 3 cara hilangkan blurr pada camera phone anda .

1. Guna Ubat Gigi.

Seperti kita sedia maklum, ubat gigi mampu untuk menhilangkan calar bagi sesetengah item. jadi penggunaan ubat gigi juga mampu untuk menghilangkan blur di cermin camera anda.

cara-caranya

1.gunakan kain lembut atau tisu dan letakkan sedikit ubat gigi di kain tersebut .
2. sapu pada cermin luaran camera dan gosok beberapa kali dan tgk hasilnya.

kalau masih tidak ada perubahan, maka ulang step tersebut banyak kali sebelum bergerak ke cara ke 2 .

2. Letak pada haba panas.

letakkan handphone anda kepada haba. sebab kalau blur tu di sebabkan oleh wap air, maka wap itu akan hilang .

3. Cabut screen tersebut . *mcm dalam gambar di bawah .


CARA MENGATASI CAMERA PHONE JADI BLUR !


korang kalau nak cabut , korang kena buka handphone korang dalam kata lain ceraikan semua part. untuk ini,aku cadangkan korang search macam mana nak buka dan ceraikan. aku rasa ada yang buat tutorial macam mana nak buka.korang ikut tutorial dalam video ini untuk pengguna samsung note 1 sahaja 



aku sudah cuba, dah berhasil . cumanya screen yang cabut tu aku gantikan deng celotape. :) pastikan juga camera korang tak kena habuk atau air ya. selamat mencuba

rujukan tambahan : http://syaqiebworld.blogspot.my/2015/09/penyebab-dan-cara-mengatasi-kamera.html
Sekian.
kalau tak faham, korang komen dekat bawah yer. aku tulis ni agak terburu-buru takut ada yang tertinggal .
Read More

ADAB DI MEDIA SOSIAL YANG KITA KENA FAHAM !

ADAB DI MEDIA SOSIAL YANG KITA KENA FAHAM !  ||  Media sosial saban hari semakin meruncing. Akhlak penggunaya yang semakin hari semakin hilang erti kemanusiaan. Pandang di anggap cacian , cacian dianggap permulaan kepada satu permusuhan . satu kerugian apabila media sosial tidak di hiasi dengan kebaikan dan akhlak yang baik. pengguna media sosial kena faham, tidak dianggap noob atau skema kalau kita berakhlak baik dengan sesiapa sebaliknya ia adalah amalan mulia.

ADAB DI MEDIA SOSIAL YANG KITA KENA FAHAM !


Jadi aku hari ini ambil peluang untuk tulis mengenai Adab-adab di media sosial yang kita kena faham dan amalkan . Ia bertujuan untuk mengelakkan dari berlaku salah faham di media sosial, korang share lah ya. semoga info ini bermanfaat untuk kita semua .

ADAB DI MEDIA SOSIAL YANG KITA KENA FAHAM !

1. Elakkan dari menyebarkan sesuatu yang tidak betul .
2. Jaga sensitiviti agama. kaum dan bangsa .
3. Elakkan bercerita masalah rumah tangga .
4. Elakkan dari mengumpat .
5. Semak dahulu baru share .
6. Elakkan dari upload gambar yang tidak menutup Aurat .

Manusia memang tak boleh lari dari agama. Andai kehidupan manusia tidak diikat dengan agama sudah pasti, jenayah dan perlaku kesalahan akan berleluasa kerana tidak diikat dengan dosa dan pahala. sebagai seorang manusia, jagalah adab dan akhlak. Aku yakin semua agama suruh kita buat baik dan tiada agama yang menggalakkan penganutnya berbunuhan dan bergaduh antara satu sama lain. semoga adab di media sosial ini bermanfaat untuk kita semua. jangan lupa share tau !

Sekian.

Read More

22 August 2016

LOKASI POKEMON BANYAK DI PULAU PINANG !

LOKASI POKEMON BANYAK DI PULAU PINANG ! |  Selepas beberapa minggu pokemon Go masuk malaysia, Banyak perkara telah berubah seiring dengan demam pokemon go di tanah air kita ini. Sudah pasti yang menjadi tumpuan pemain-pemain pokemon go adalah pokestop untuk kumpul kembali pokeball dan refill balik apa yang patut .


LOKASI POKEMON BANYAK DI PULAU PINANG !


Sudah pasti pokestop menjadi tempat tumpuan dan di pulau pinang, antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah di Masjid Acheh berdekatan dengan masjid kapitan keling. Menurut laporan juga ramai yang berlegar di kawasan terbabit kerana bermain pokemon go. dan yang paling seronok adalah peniaga di sekitar kawasan tersebut.

Jualan mereka makin laris dek kerana pokemon Go . Ramai yang berehat di pokestop sambil makan di sana. di tempat korang lokasi mana yang menjadi tumpuan ? ce kongsi sikit. Apa pun, satu ja nasihat aku, hati-hati di mana berada dan hormatlah orang kawasan atau penduduk setempat . jangan main redah ja, ada waktu kena mintak izin ada waktu tak yah minta izin. jangan sombong walaupun kita hanya di situ untuk bermain pokemon .

sekian


Read More

20 August 2016

MISI ADSENSE #3 !

MISI ADSENSE #3  ||  Sebelum ini pasti, korang dah baca apa yang aku tulis dalam misi adsense #1 dan misi adsense #2 . betul tak ? di hujung misi adsense #2 aku ada bagi hint untuk ceritakan mengenai jumlah iklan adsense yang di benarkan untuk di letakkan di dalam blog. Jadi, jom aku mulakan cerita mengenai adsense ini untuk siri yang ke-3 .

Pihak Adsense telah menetapkan untuk memberi kebenaran kepada pemilik account adsense untuk meletakkan maksimum 3 iklan text/image dan 3 iklan link ads di setiap blog . maksudnya iklan tak boleh lebih dari 6 iklan . Bagaimana pulak posisi untuk meletakkan iklan adsense ini ? Kebebasan di berikan kepada anda, dan pastikan iklan anda dapat dilihat dan tidak melakukan sebarang kesalahan di tempat iklan di letakkan.

Ingat , 3 iklan text/ image dan 3 iklan link ads. Macam mana nak tahu itu iklan link atau text atau image ? senang sahaja, sewaktu korang memilih iklan baru, korang akan memilih sama ada korang nak type ads korang tu Text only, Image only , Text and image dan juga link ads seperti di dalam gambar di bawah .


Iklan adsense

Dari Ads Type, korang pilih mengikut kesesuaian blog korang. aku tak boleh nak cakap mana terbaik dan mana yang tak . jadi kita kena buat experiment di blog masing-masing. Ada persoalan, kalau letak iklan adsense lebih dari 3 tu, boleh ke ? kalau dari pihak adsense, dia tak bagi . tapi aku pernah juga letak lebih dekat blog, apa yang jadi adalah earning korang berkurangan. serius sedikit. lebih baik kita letak sikit dan earning banyak betul tak ? .Mungkin di Misi Adsense #4 , aku kongsikan mengenai iklan adsense yang seseuai untuk posisi blog

Insyaallah, sekian .


Read More

19 August 2016

JANA PENDAPATAN ONLINE DENGAN REVENUEHITS UNTUK BLOGGER !

JANA PENDAPATAN ONLINE DENGAN REVENUEHITS !  ||  Sudah banyak pengiklanan-pengiklanan yang boleh membantu kita dalam menjana pendapatan secara online atau jana pendapat secara di dalam talian . Salah satunya adalah dengan Revenue Hits . Apa itu Revenue Hits ? ia adalah pengiklanan yang berbentuk pop ads yang menawarkan pembayaran yang agak lumayan bagi kita yang nak menjana pendapatan secara online atau atas talian . Sebelum itu, pastikan anda seorang blogger dan mempunyai Blog ! :)


JANA PENDAPATAN ONLINE DENGAN REVENUEHITS !

3 FAKTA MENARIK MENGENAI REVENUE HITS .

1. Percuma untuk semua .
2. Bayaran dalam dolar .
3. Alternatif lain jika permohonan adsense anda tidak di terima .

Cara daftar Revenue Hits !

1. Buka Laman Web Revenue Hits - Klik sini

2. Isi maklumat anda mengikut step yang di minta .

JANA PENDAPATAN ONLINE DENGAN REVENUEHITS !

3.Selesai, dan anda boleh mula meletakkan iklan revenue hits di blog anda .


Mungkin ada yang ingin bertanya bagaimana iklan revenue hits ini berada dan muncul di blog . Korang boleh rujuk gambar di bawah .

JANA PENDAPATAN ONLINE DENGAN REVENUEHITS UNTUK BLOGGER !


Selalunya iklan revenuehits akan terapong di permukaan blog anda . dan sesiapa yang buka blog anda, akan lihat iklan tersebut dan mempunyai pilihan sama ada ingin terus melihatnya atau menutup iklan tersebut. anda akan dibayar seperti mana iklan-iklan lain berdasarkan jumlah klik dan traffic blog anda. Yang penting dalam dolar. bayangkan kalau kita dapat 100 dolar sebulan. dah RM 400 dah. tetapi bergantung kepada korang . tak salah mencuba . betul tak ?

Cepat daftar ! selagi ia masih percuma !

Selamat Mencuba !

JANA PENDAPATAN ONLINE DENGAN REVENUEHITS !


Read More

17 August 2016

KESALAHAN 8SHARER YANG PATUT DI KETAHUI !

KESALAHAN 8SHARER YANG PATUT DI KETAHUI !  | Pengiklanan 8share sememangnya sudah tidak asing bagi penggemar pendapatan online. Nilai yang di tawarkan dalam ringgit Malaysia menjadi punca utama, penggemar pendapatan online menggunakan khidmat 8share untuk menjana pendapatan. Korang boleh baca di sini untuk menyertai 8share . Kali ini, aku nak kongsikan sedikit mengenai kesalahan pengguna 8share atau 8sharer ketika mempromosikan iklan dari 8share. ini sebenarnya teguran direct dari 8share kepada aku setelah aku buat kesalahan dalam mempromosikan iklan mereka .

Kesalahan 8sharer yang patut kita tahu adalah seperti berikut :

1. Klik iklan Sendiri

Pantang bagi 8share bila ada pengiklan yang klik iklan sendiri . tapi aku tak buat lah benda ni. sememangnya, ia akan menjadi Fraud kalau korang selalu klik iklan korang sendiri. kalau 8share dapat detect , korang mungkin akan di halang dari cashout duit yang korang peroleh.

KESALAHAN SHARE IKLAN 8SHARE,  8SHARER YANG PATUT DI KETAHUI !


2. cara share yang salah !

Cara share yang salah, walaupun korang dapat klik yang banyak, tetapi kalau cara salah still akan di anggap Fraud oleh 8share. antara kesalahan yang aku buat adalah, aku update link 8share dalam entri blog TETAPI entri tersebut tiada kaitan dengan link 8share yang aku kongsikan. korang boleh rujuk gambar di bawah .

Nampak tak ! penting dan agak sensitive sebenarnya 8share ni. Baik, korang mesti ada soalan nak tanya. tak pa, aku tolong jawab soalan korang tu ya. hahaha . kornag mesti nak tanya, tak boleh ke update entri dan letak iklan 8share dalam tu ? jawapannya boleh, cumanya pastikan entri yang korang buat ada kaitan dengan link 8share yang korang kongsikan itu . jangan buat macam aku. nanti tak lepas dengan 8share .

Cara share iklan 8share yang salah yang lain adalah meletakkan iklan di side bar blog macam iklan nuffnang dan adsense.Sebelum ini aku pernah baca di satu blog mengenai cara penulis tersebut yang earningnya tiba-tiba kosong . Apabila di tanya kepada pihak 8share,ternyata kesalahan yang di lakukan adalah tempat share iklan 8share tidak sepatutnya di letakkan di sidebar. ia perlu ada di dalam entri atau pun korang share ke facebook,twtter dan google+ account korang.

Aku harap, korang berhati-hatilah dan jangan buat salah dalam mengiklankan iklan 8share ini. nanti jadi macam aku, kena ban sebulan dari cashout. hehe nasib baik bulan ini , dah approve untuk cashout. Aku doakan korang berjaya jana pendapatan dengan  8share ini. jangan risau kalau lambat duit masuk, aku pun lambat juga, tahun ini baru ada dan boleh cahshout. usaha tak kenal susah payah.Insyaallah berjaya .

baca juga : Menjana pendapatan dengan 8share ! 100 Ringgit keatas dalam sebulan sebulan ?

Sekian.


Read More

16 August 2016

MENJANA PENDAPATAN DENGAN 8SHARE ! RM 100 KEATAS DALAM MASA SEBULAN ?


MENJANA PENDAPATAN MELALUI 8SHARE | Aku ingin berkongsi dengan korang pengalaman menggunakan 8share.com sebagai side income aku. Orang selalu kata, kenapa akaun 8share aku tak naik-naik ya. asyik duduk dekat seringgit tu je. Aku nak tanya pula, 8share bagi banyak iklan untuk di promosikan. Adakah korang mempromosikan semua iklan itu ? Bagi yang tidak mengetahui, 8share.com merupakan antara banyak medium yang di gunakan oleh blogger untuk menjana duit atau side income. 8share menawarkan beberapa iklan untuk kita kongsikan bersama rakan-rakan di dalam media sosial kita. Tugas kita hanya share iklan yang di berikan,, dan jika ada yang klik iklan yang kita share itu , maka kita akan dapat 20 sen untuk satu klik. ada juga iklan yang bernilai 40 sen dengan satu klik  . cara daftar account 8share adalah seperti berikut :

MENJANA PENDAPATAN DENGAN 8SHARE

Cara nak daftar Account 8share ?

1. korang KLIK LINK INI .
2. korang isi maklumat korang dan sign up .
3. Mulakan share iklan-iklan yang di berikan.

PERINGATAN !

1. untuk berjaya dapat klik, korang kena bijak dalam mempromosi entri-entri atau iklan yang di berikan. Di umpamakan korang nak promote barang yang korang jual. mesti ada yang menarik perhatian orang ramai untuk singgah ke kedai kita.

2. Jangan klik iklan yang kita post. contohnya, korang post iklan dekat facebook, pastikan korang tak klik iklan tersebut. ia merupakan kesalahan jika kita klik iklan kita sendiri . kita juga boleh di ban , jika korang didapati bersalah.

CARA PEMBAYARAN 8SHARE !

Macam aku sebut di atas tadi, setiap satu klik iklan yang di klik oleh orang ramai, korang akan mendapat 20 sen . dan dia akan terus masuk ke account 8share korang. setelah cukup 50 ringgit, maka korang boleh cash out nilai tersebut. selagi tak cukup, korang kena kumpul bagi cukup .Selepas melalui proses cashout, korang boleh memilih cara agar duit 8share korang tu terus di masukkan kedalam account bank korang. lebih mudah dan cepat. Rm 1 untuk setiap transaksi  akan di kenakan .

Akhir sekali, sudah ramai blogger yang menjana pendapatan dengan 8share ini. Jadi kenapa kita perlu ketinggalan dalam perkara yang menguntungkan kita . betul tak ? .mudah je , kita cuba dulu dan belajar dari kesilapan . hehe selamat mencuba !

Selepas korang daftar, baca pula kesalahan pengguna 8share yang korang kena tahu dan elakkan. klau tidak nanti kena ban. kesalahan mudah dan kadang-kadang tak perasan pun.tetapi untuk mengelak dari kena ban, baik korang baca dulu.

sekian.


Read More

09 August 2016

MISI ADSENSE #2 !

MISI ADSENSE #2 !  ||  Sebelum ini, aku dah ceritakan macam mana nak di terima bila kita apply adsense . ada beberapa cara yang boleh di lakukan macam aku sebut sebelum ini. korang boleh baca di sini . untuk misi adsense #2 ini, aku nak cerita mengenai posisi adsense yang aku telah ubah yang akhirnye menyebabkan peningkatan terhadap ammount adsense aku . Posisi adsense yang terbaik membantu kita memperoleh earning adsense yang banyak selain dari pengiklanan adsense itu sendiri .

Posisi terbaik untuk adsense adalah posisi yang mudah di lihat . Contohnya di bahagian Header dan juga di dalam entri yang kita tulis . korang boleh rujuk gambar di bawah .



peningkatan terhadap ammount adsense


Sebelum ini aku meletakkan iklan di tempat " top selling promotion " macam dalam gambar, tetapi selepas aku buat beberapa pertukaran, aku letak posisi header aku di number satu. Pertukaran kedua yang aku buat adalah untuk iklan number 2 . sebelum ini posisinya di sebelah kanan berdekatan dengan sidebar aku. selepas aku menukar ke sebelah kiri. jumlah earnings aku juga agak meningkat .Sebab apa ?

Adsense memilih posisi yang selalu mata pembaca akan melihat iklan mereka, posisi bahagian kiri lebih banyak orang lihat berbanding belah kanan kerana ,kita akan mula baca dari kiri ke kanan. jadi meletakkan iklan di sebelah kiri lebih baik dari meletakkan iklan di sebelah kanan .

Bagi iklan ke 3 iaitu di sidebar kanan. sengaja aku pilih rectangle yang besar dan  agak mudah di lihat untuk di letakkan di sebelah kanan. aku juga pernah meletakkan iklan text di sebelah kanan tetapi earnings agak mengecewakan , jadi aku menukar kepada iklan text/image supaya lebih menarik dan tertarik kepada pembaca.

korang boleh cuba letakkan iklan adsense korang macam yang aku letak posisi iklan adsense tu.cumanya , aku lebih suka untuk katakan, korang lebih tahu blog korang macam mana.korang kena buat sikit reasearch. bukan semua blog sama template. jadi kesesuaian posisi adsense tu bergantung kepada template blog korang. jadi aku cadangkan korang try and error dulu. nanti insyaallah adalah earning yang masuk tu.

Korang nak tahu tak jumlah iklan adsense yang boleh di letakkan di blog ? tunggu entri misi adsense 3 ya .

Sekian.

Read More

06 August 2016

POKEMON GO DAH BOLEH INSTALL DI MALAYSIA !

POKEMON GO DAH BOLEH INSTALL DI MALAYSIA ! || APPLIKASI Pokemon go sudah boleh di install di Malaysia mulai hari ini. Satu berita gembira bagi peminat-peminat pokemon Go di seluruh Malaysia yang menantikan aplikasi pokemon go ini secara rasmi boleh di mainkan di Malaysia. Ramai juga sudah mula mencuba dan menangkap pokemon yang ada di sekeliling mereka .

POKEMON GO DAH BOLEH INSTALL DI MALAYSIA !

Korang boleh install pokemon Go dari App Store dan Play Store ! .

Sekian .

Read More

MISI ADSENSE #1

MISI ADSENSE #1 | Mesti ramai yang ingin tahu apa yang aku nak tulis di sebalik tajuk Misi Adsense #1 ini. Sebenarnya, blog aku sudah dapat approval dari adsense sejak awal tahun 2016 iaitu pada januari 2016 . Mulanya, aku tak berani nak apply sebab yelah blog aku bukan sehebat sifu-sifu blogger yang lain. blog aku hanya sekadar coretan biasa sahaja. Namun di sebabkan aku ingin mencuba, maka aku pun apply adsense pada penghujung disember 2015 .

Masa pertama kali aku apply, aku dapat email yang mengatakan permohonan aku tidak di luluskan untuk meletakkan adsense atas beberapa sebab. Antara sebab utamanya adalah penulisan aku yang terlalu pendek . Jadi aku ambil teguran tersebut dan segera buat perubahan seperti yang di  minta. selepas beberapa hari, aku dapat email dari adsense yang mengatakan iklan adsense telah muncul dalam salah stu entri aku. bermula dari situ, aku telah di approve untuk meletakkan iklan adsense sampai lah sekarang.


MISI ADSENSE #1 tips adsnse


Aku tahu ,ramai antara blogger yang tak dapat kelulusan selepas apply adsense. ada yang mencuba lebih dari 3 kali tetapi masih belum dapat approval dari adsense. mungkin aku boleh cadangkan agar korang mengikut step dan teguran adsense mengenai entri korang. sabar dan terus menghantar approval ke adsense , Insyaallah akan okay. lagi satu, aku cadangkan korang tulis artikel panjang-panjang agar mudah untuk di luluskan account adsense korang. selepas korang tulis 50 entri panjangnya 300 perkataan ke atas, maka korang cuba apply kembali adsense. Insyaallah, permohonan korang akan di luluskan.

Selepas aku dah dapat iklan adsense di blog. Aku meletakkan iklan adsense tersebut di beberapa tempat. antaranya Header dan sidebar . Selain adsense, aku juga letak iklan nuffnang di blog yang sama. Rupanya, ia adalah kesilapan yang agak besar kalau korang nak menjana duit dengan adsense, adsense tak gemar ada pengiklanan lain di dalam blog yang di letakkan iklan adsense. Perkara ini aku baru sedar pada bulan ini ( ogos ) satu kerugian untuk aku.

Peringkat awal, jumlah earning harian aku hanyalah 0.01 dolar sehingga 0.10 dolar .mungkin faktor kesalahan tempat letak iklan adsense menyebabkan aku dapat earnings yang agak kurang dan mengecewakan. Sudahlah nuffnang mengecewakan , sekarang adsense juga mengecewakan aku. aku mula pasrah dengan kedua-dua medium ini, sehinggalah aku rasa aku nak ubah style iklan dan tempat letak iklan adsense di blog aku ke tempat lain.

Apa yang terjadi selepas itu ? nanti kan Misi adsense #2 akan datang .


baca juga : Misi Adsense #2

sekian.

**tulisan ini adalah pengalaman aku sendiri sejak mula menggunakan adsense pada januari 2016
**
Read More

05 August 2016

BLOG TAK BAGI MANFAAT KEPADA BLOGGER ?

BLOG TAK BAGI MANFAAT KEPADA BLOGGER ? || Selalu orang bertanya mengenai blog dan isi blog. Bermula dari kesusahan nak buat blog sehinggalah berjaya dengan blog tersebut . Ada juga blogger yang menggunakan blog sebagai medium cari makan . ada juga blogger yang cari makan dengan menulis artikel-artikel kontroversi .Semata-mata nak dapat kan viewers yang tinggi . Tetapi mereka-mereka itu hanyalah secebis sahaja.

Tips blogger

Ramai lagi blogger yang betul-betul berusaha untuk sampaikan penulisan dan pengalaman mereka di blog secara ikhlas . Blogger macam ini seharusnya di beri kredit kepada mereka atas usaha mereka. bukan macam sesetengah blogger yang hanya mengambil untung atas apa yang orang lain buat . contohnya ada artikel yang di ambil dan di copy paste secara direct tanpa olahan . ia agak merugikan blogger asal yang menulis artikel tersebut.

Bukan mudah nak jadi blogger, kena faham pembaca bagai mana. dan kena perah otak untuk menulis. itu lagi susah. kalau dah betul-betul dalam dunia blogger ni, pastikan blog anda betul-betul bagi manfaat kepada korang ya. sama ada dari sudut pembaca mahupun hasil melalui wang ringgit .

Sekian.


Read More