13 July 2016

PAKAI W10 TAK SAMPAI SEHARI,TUKAR BALIK KE W8 !


Sebab aku tak guna Windows 10 | Bulan lepas , aku di paksa oleh Laptop aku untuk install windows 10 . Mula-mula aku rasa macam tak mau sebabnya laptop aku ni jenis yang mudah kena masalah. haritu install Windows 8.1 pun dah crash bagai dah. aku risau juga Windows 10 ni boleh memberatkan lagi laptop .

Windows 10 problem

Selepas sesi install Windows 10 selesai , maka aku pun cubalah menggunakan Windows 10 . Design dia menarik dan cantik . Lebih kemas berbanding Windows 8 . Cumanya aku tak suka bila guna google chrome untuk search internet. Sebabnya adalah internet jadi slow sangat. Loading pun lama .

Oleh sebab aku ni, jenis kaki internet. aku tak ambil masa yang panjang untuk kekal di Windows 10, maka aku segera tukar ke windows 8 seperti biasa. korang ada masa 30 hari selepas korang instal windows 10 untuk kembali ke windows 8 . Setakat hari ni, aku tak rasa nak instal windows 10 dah sebabnya aku lebih suka windows 8 dan dia lebih mudah untuk digunakan.

Korang rasa Windows 10 ni best ke ? jom komen dekat bawah ni .

sekian.



EmoticonEmoticon