TUTORIAL CARA FORMAT LAPTOP DENGAN MUDAH ! TAK PERLU HANTAR KEDAI !

CARA FORMAT LAPTOP I Sebelum ini, laptop aku ada masalah jadi aku pun godek-godek lah google dan mencuba beberapa jalan atau ikhtiar agar laptop aku tidak perlu dihantar kedai. Oleh kerana Format laptop sekarang pun dah harganya RM 50 . jadi aku rasa agak tidak berbaloi untuk di hantar ke kedai. jadi aku keluarkan satu tips dan tutorial untuk korang. aku harap tiada yang tersalah langkah sudah. hehe
cara format laptop

Berikut merupakan cara Format Laptop Dengan Cara yang Mudah !

2 cara untuk format laptop kita.

1. Tekan Alt dan F10 serentak ketika baru on laptop. ** cara ni boleh diguna pakai untuk laptop2 lain.

Kemudian korang ikut arahan yang di berikan ya. aku tak buat ikut cara ni. jadi aku kurang arif sikit. tolong tanya kepada ahlinya ya.

2.  Acer Recovery Management

korang buka windows korang , kemudian search " Acer Recovery Management " kemudian akan keluar satu instruction dan klik yes dan kemudian restore Factory Setting . biarkan laptop korang beberapa JAM untuk restoring. kemudian ikut langkah yang di berikan. mudah je.

** langkah kedua TIDAK berfungsi JIKA  windows korang tak boleh buka. jadi solusinya guna kaedah no 1. simple je kan.

AMARAN :

1. File korang akan hilang semuanya. termasuk application atau software yang korang download.
2. Laptop korang jadi sesuci murni bak embun pagi.
3. Korang kena install balik Microsoft office sendiri, dan chorme sendiri dan juga software2 lain.yang tinggal hanya internet explorer dan juga recycle bin je.
4. Back up , kau masih tercari2 file backup aku. nanti aku update balik ya

Aku harap, entri dapat membantuu korang, kalau ada masalah boleh sahaja korang komen di bawah, aku cuba bantu mana yang patut.

sekian.

0 comment... add one now

Visitors