SABAR KUNCI UTAMA SEORANG BLOGGER !


TIPS BLOGGER I Insyaallah, aku akan terus menerus menulis di blog ini sebagai inspirasi kepada blogger-blogger untuk terus menulis blog. walaupun aku hanya penulis blog picisan sahaja, tetapi aku masih berharap untuk melihat ramai yang menulis terutamanya dalam medium blogger.

TIPS BLOGGER

Kunci utama seorang blogger adalah Sabar. Sabar ini mesti meliputi semua aspek . terutamanya apabila kita menanti pembaca dan viewers . Ramai blogger yang merungut, kenapa blog dia tak ramai viewers berbanding blog lain. kita kena faham dan analisa balik setiap entri dan post yang kita buat. Tengok berapa banyak entri yang kita buat yang bersifat jangka masa yang panjang dan juga berapa banyak entri yang kita buat bersifat jangka pendek .


baca juga : PV dari Tuhan .

Blogger kena banyak buat research dan kaji balik entri kalau korang betul-betul nak masuk dalam bidang blogger. ini yang selalu blogger-blogger terkenal katakan. macam mana aku tahu ? korang boleh baca tulisan-tulisan mereka di blog-blog mereka. Sabar menentu sejauh mana kita dalam dunia blogger.

Aku yakin kalau korang sabar dan atasi kelemahan yang ada di blog, mesti korang akan berjaya dalam penulisan di blog. Banyakkan baca pasal SEO dan juga teknik penulisan yang betul. insyaallah berjaya.

Jangan putus asa dan teruskan menulis.

baca juga : 2 Tips Sampah untuk Tingkatkan Traffic Blog .

Sekian.



0 comment... add one now

Visitors