24 May 2016

JANGAN BUAT PERKARA INI KALAU KORANG NAK BUAT DUIT DENGAN BLOG !


TIPS BLOGGER I Selalunya bila kita cakap pasal blog, mesti orang yang bukan blogger akan nampak sebagai satu pekerjaan yang boleh mendatangkan duit yang banyak. tetapi mereka tak tahu, bukan semua blogger mampu untuk menjana pendapatan dengan blog-blog mereka . Kalau korang ada niat untuk mendapat duit dari blog korang, aku harap korang tak ulang apa yang aku buat selama beberapa tahun dengan blog aku.


TIPS BLOGGER

Bagi aku ,satu kerugian yang amat besar bila aku meninggalkan ilmu blog ketika aku di awal-awal permulaan menjadi blogger. Perkara yang aku maksudkan adalah ilmu blog . Sebenarnya ilmu blog ini banyak dan korang mudah sangat nak dapat terutamanya dari google sendiri. Ramai blogger yang sudah menulis mengenai pengalaman mereka dengan blog mereka . Apa yang patut buat dan tak patut buat ,sudah di ceritakan.

Cumanya, kita sahaja yang tidak menerokai pengalaman-pengalaman mereka. Satu ketika aku pernah impikan nak dapat duit dari blog, mungkin sekadar lepas duit internet aku bulanan pun jadilah. tetapi akibat terlalu rileks dan terlalu mengabaikan ilmu-ilmu blog, hampir beberapa tahun aku menulis secara membabi buta. tanpa hala tuju dan tanpa pageview. bagaimana blog aku nak hidup ?

sehinggalah aku bertemu dengan kawa-kawan blogger aku dalam #kelabbloggerbenashaari . dari situ baru aku tahu cara yang betul untuk hidupkan blog. PV aku yang dari puluh2 sehari, kini menjadi ratusan sehari. dan ia mungkin ambil masa untuk naik. dan aku akan beri masa sebabnya aku mula serius balik dengan blog sejak tahun lepas. so, masa masih baru.

Yang keduanya, jangan abaikan tips-tips dari otai blogger. Sama ada di blog mereka atau pun di facebook mahupun twitter. sebabnya ilmu itu memang berguna dalam kata lain ia adalah short cut untuk korang dapatkan apa yang korang nak . Praktikkan ilmu mereka, insyaallah bukan setakat follower sahaja korang dapat malah income dan duit sampingan juga korang akan dapat. pendek kata kena amalkan apa yang di pelajari.

Dan yang terakhir adalah Putus asa. jangan lah putus asa walaupun seharian pv rendah. usahalah, rajinkan lah diri kita nak update blog setiap hari . Insyaallah Pv akan naik. bila pv naik kemungkinan untuk korang dapat duit dari blog adalah tinggi.

semoga berjaya dan jangan ulang balik kesalahan aku ini.

sekian.


EmoticonEmoticon