15 March 2016

JADILAH BLOGGER YANG AMANAH !


TIPS ENTRI BLOGGER - Sebenarnya bukan mudah untuk bergelar seorang blogger. Kerjaya Blogger sebenarnya luas dan teramat luas. untuk berjaya perlu pandai cari peluang . Selain itu, kena banyak bergaul dengan blogger-blogger , kalau tidak kita mungkin mengulangi kesilapan sama yang mereka lalui . Kena kenal asam garam kehidupan seorang blogger supaya kita tidak mudah jatuh bila di uji.

Tutorial blog

Seorang blogger tidak lari dari pada penulisan. setiap penulisan yang di tulis kenalah meliputi beberapa aspek utama iaitu Betul dan sahih . Penyampaian kita melalui penulisan juga perlu beramanah . Tugas seorang blogger membantu orang ramai yang mencari maklumat  di Google dan search enjine yang lain.

Jika kita tidak amanah, bagaimana orang yang baca blog kita akan mempercayai kita. Susah nak tulis benda yang betul-betul benar. Mungkin akan ada penokok tambahan dalam jalan cerita. Contohnya macam dalam facebook , kadang-kadang apa yang kita baca berlaianan dari maksud asal penulisan tersebut. bila jadi macam tu, akan menimbulkan kekeliruan terhadap pembaca.

Sebab itu kalau jadi blogger kena lah rajin buat research dahulu sebelum menulis. Bekalkan sebanyak mungkin sumber kepada pembaca blog anda agar mereka akan mempercayaai apa yang anda tulis. Amanah dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca perlu di tunaikan. sebab itu hak mereka yang mencari maklumat.

Semoga, Entri atau artikel yang di keluarkan oleh blog kita dapat membantu orang ramai yang memerlukan. Jangan aniaya orang yer dalam buat entri. hehe 

sekian.


EmoticonEmoticon