11 January 2016

SERONOK UNFOLLOW INSTAGRAM ORANG

Aku tak faham kenapa orang yang follow insta , kemudian dia unfollow balik . Mungkin dia juga mengharap orang yang dia follow tu, follow balik kot. tapi bukan semua orang akan follow balik bila dah di follow kan.


Bila sebut bab-bab follow insta ni, ramai ke yang dah tahu cara tingkatkan follower instagram secara percuma ? aku yakin ramai dah tahu, aku juga yakin dengan teknik follow seramai mungkin orang di instagram menjanjikan follower yang banyak selepas itu.

cara mudah nak naikkan follower instagram sepatut nya di fikirkan dengan mindset yang baik dan bukan untuk menganiayai orang.apa maksud menganiaya orang ? maksudnya, kau follow orang, kemudian kau unfollow balik. ya, mungkin satu sudut , ia tidak mendatangkan sebarang kesan.

contohnya aku, korang nak follow atau tidak terpulang. nak unfollow pun boleh. tetapi bergantung kepada niat kita. kalau niat awal-awal dah salah, maka yang berlaku tu pun akan salah la kan. aku tulis ni pun bukan lah nak up sangat tentang cara nak tingkatkan follower instagram , just aku terfikir dan nak dapatkan pendapat korang , mengenai perangai kaki unfollow orang ni.

hahaha, aku bukan marah cuma bila orang unfollow kita, satu je terlintas dalam otak . aku ada buat salah apa ka sampai nak unfollow bagai. tapi bila check macam tak ada yang salah. tambah satu kerja pula nak fikir lagi apa salah kita.

apa pendapat korang ?

kalau aku, last-last aku akan biar je la . bila kita tak bersalah, tak payah fikir lama-lama kan. tambah stress pulak. hehe dah la, macam-macam pulak aku membebel hari ni. haha

adios.


EmoticonEmoticon