BELAJAR UPDATE ISU BARU DI BLOG DENGAN GOOGLE TRENDS !


GOOGLE TRENDS I Mesti korang terkejut bila ada blog-blog tertentu cepat update entri berkaitan isu semasa yang berlaku dalam negara mahu pun luar negara. Kadang-kadang belum masuk berita lagi, sudah ada di media sosial. Malah sekarang ini ada juga stesen tv yang mengambil berita dari media sosial pulak.

Ajaib kan. Aku sempat baca dalam satu blog , penulis ada mengatakan ada pelbagai cara untuk dapatkan update terkini .Kita boleh ke yahoo.com untuk mengetahui apa yang menjadi carian panas atau hot searching dekat yahoo. ada juga yang boleh mencarinya di bing dan sebagainya.
tips menggunakan google trends

Cuma hari ini, aku nak bercakap berkaitan Google trend.aku tak pandai lagi bab ni sebenarnya.sebabnya aku pun baru tahu perkara ni tadi pagi. jadi aku pun mula try la untuk blog aku, hasil dia macam mana, nanti aku update kemudian ya.

Kegunaan google trends ini hanya untuk mengetahui isu-isu yang menjadi trending dalam enjin carian google.com . Kepentingannya pula, meletakkan blog kita mengikut keyword yang di cari oleh pengguna google. setrusnya meningkatkan traffic blog ke blog kita.

Tetapi kita kena update blog sendiri la, jangan main copy paste je tau. guna kan isu yang trend tersebut dalam entri korang secara kerap dan ia akan memudahkan orang yang mencari keyword tersebut sampai ke blog anda. Selain ,kornag mudahkan google untuk mengindex blog korang berdasarkan keyword tersebut.

aku dalam proses percubaan. dan sejauh mana google trend ini membantu meningkatkan traffic blog masih di uji oleh aku sendiri.kalau blogger lain, mereka cadangkan guna google trend. sebelum ini aku guna google alert.lebih kurang dengan google trend. cumanya isu-isu ini hanya panas seketika. lepas tu sejuk, dah kurang orang yang terjah blog kita.

nanti aku kongsikan jenis-jenis entri mengikut pandangan aku sendiri. semoga bermanfaat. ini link untuk ke google trend [ klik sini ] atau pun korang search google trend dekat google search korang . simple :)

kalau ada sifu-sifu dekat sini, boleh share dengan saya yer .. hehe :)

0 comment... add one now

Visitors