30 January 2016

CARA TAMBAH VIEWERS DI BLOG ! VIRAL !



CARA TAMBAH VIEWERS DI BLOG I Pembaca blog merupakan sumber penting kepada sebuah blog. Kalau tak ada pembaca blog macam mana nak sampaikan apa yang kita nak sampaikan. Pembaca blog juga di sebut sebagai viewers blog.

CARA TAMBAH VIEWERS DI BLOG ! VIRAL !

Viewers blog mungkin boleh di kategorikan kepada dua iaitu setia dan pencari maklumat. Apa beza setia dan pencari maklumat ? Setia merupakan pembaca atau viewers yang datang setiap hari hanya untuk membaca blog korang.Tidak specific untuk entri tertentu sahaja, tetapi ia lebih kepada follower korang.

Manakala Pencari Maklumat pula bermaksud orang yang singgah ke blog kita hanya untuk mencari maklumat tertentu berdasarkan keyword yang kita tanam dalam blog kita. Contoh keyword terkini yang menjadi carian pembaca adalah Maharaja Lawak Mega 2016 . Korang pun mesti tengok Rancangan itu kan.

Ada 2 cara untuk tambah Viewers Blog yang aku nak kongsikan di sini.

1. Guna Keyword Yang Betul .

Keyword yang betul amatlah penting kepada sebuah blog.Anda mampu buat atau cari keyword yang akan membantu blog anda duduk dalam first page goole. itu cukup-cukup membantu korang mendapat viewers secara berkala .

2. Viralkan di Media Sosial .

Macam sebelum ini yang aku pernah bagi tips. Viralkan blog anda di media sosial . Dengan cara ini dapat membantu korang untuk mendapat viewers terutamanya dalam kalangan blogger .semakin banyak link blog kita viral, semakin mudah untuk dapat pembaca untuk singgah ke blog kita. ingat, tulis perkara-perkara baik sahaja tau !

Aku harap, tips ini berguna untuk korang. aku pun masih belajar dalam dunia blog ini. apa yang aku kongsikan adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakan blog. korang boleh cuba dan jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan lain .

Sekian

jangan lupa tekan " bintang" dekat bahagian link blog ini di sebelah kanan anda .

Read More

27 January 2016

BELAJAR UPDATE ISU BARU DI BLOG DENGAN GOOGLE TRENDS !


GOOGLE TRENDS I Mesti korang terkejut bila ada blog-blog tertentu cepat update entri berkaitan isu semasa yang berlaku dalam negara mahu pun luar negara. Kadang-kadang belum masuk berita lagi, sudah ada di media sosial. Malah sekarang ini ada juga stesen tv yang mengambil berita dari media sosial pulak.

Ajaib kan. Aku sempat baca dalam satu blog , penulis ada mengatakan ada pelbagai cara untuk dapatkan update terkini .Kita boleh ke yahoo.com untuk mengetahui apa yang menjadi carian panas atau hot searching dekat yahoo. ada juga yang boleh mencarinya di bing dan sebagainya.
tips menggunakan google trends

Cuma hari ini, aku nak bercakap berkaitan Google trend.aku tak pandai lagi bab ni sebenarnya.sebabnya aku pun baru tahu perkara ni tadi pagi. jadi aku pun mula try la untuk blog aku, hasil dia macam mana, nanti aku update kemudian ya.

Kegunaan google trends ini hanya untuk mengetahui isu-isu yang menjadi trending dalam enjin carian google.com . Kepentingannya pula, meletakkan blog kita mengikut keyword yang di cari oleh pengguna google. setrusnya meningkatkan traffic blog ke blog kita.

Tetapi kita kena update blog sendiri la, jangan main copy paste je tau. guna kan isu yang trend tersebut dalam entri korang secara kerap dan ia akan memudahkan orang yang mencari keyword tersebut sampai ke blog anda. Selain ,kornag mudahkan google untuk mengindex blog korang berdasarkan keyword tersebut.

aku dalam proses percubaan. dan sejauh mana google trend ini membantu meningkatkan traffic blog masih di uji oleh aku sendiri.kalau blogger lain, mereka cadangkan guna google trend. sebelum ini aku guna google alert.lebih kurang dengan google trend. cumanya isu-isu ini hanya panas seketika. lepas tu sejuk, dah kurang orang yang terjah blog kita.

nanti aku kongsikan jenis-jenis entri mengikut pandangan aku sendiri. semoga bermanfaat. ini link untuk ke google trend [ klik sini ] atau pun korang search google trend dekat google search korang . simple :)

kalau ada sifu-sifu dekat sini, boleh share dengan saya yer .. hehe :)
Read More

11 January 2016

SERONOK UNFOLLOW INSTAGRAM ORANG

Aku tak faham kenapa orang yang follow insta , kemudian dia unfollow balik . Mungkin dia juga mengharap orang yang dia follow tu, follow balik kot. tapi bukan semua orang akan follow balik bila dah di follow kan.


Bila sebut bab-bab follow insta ni, ramai ke yang dah tahu cara tingkatkan follower instagram secara percuma ? aku yakin ramai dah tahu, aku juga yakin dengan teknik follow seramai mungkin orang di instagram menjanjikan follower yang banyak selepas itu.

cara mudah nak naikkan follower instagram sepatut nya di fikirkan dengan mindset yang baik dan bukan untuk menganiayai orang.apa maksud menganiaya orang ? maksudnya, kau follow orang, kemudian kau unfollow balik. ya, mungkin satu sudut , ia tidak mendatangkan sebarang kesan.

contohnya aku, korang nak follow atau tidak terpulang. nak unfollow pun boleh. tetapi bergantung kepada niat kita. kalau niat awal-awal dah salah, maka yang berlaku tu pun akan salah la kan. aku tulis ni pun bukan lah nak up sangat tentang cara nak tingkatkan follower instagram , just aku terfikir dan nak dapatkan pendapat korang , mengenai perangai kaki unfollow orang ni.

hahaha, aku bukan marah cuma bila orang unfollow kita, satu je terlintas dalam otak . aku ada buat salah apa ka sampai nak unfollow bagai. tapi bila check macam tak ada yang salah. tambah satu kerja pula nak fikir lagi apa salah kita.

apa pendapat korang ?

kalau aku, last-last aku akan biar je la . bila kita tak bersalah, tak payah fikir lama-lama kan. tambah stress pulak. hehe dah la, macam-macam pulak aku membebel hari ni. haha

adios.
Read More

07 January 2016

CARA PING ENTRI DENGAN BLOGR.MY !

Setelah sekian lama, aku tak update blog ni, maka dengan hari ini sebagai permulaannya insyaallah. azam kena kuat, usaha pun kena kuat. betul tak ? hehe baik, hari ini aku kongsikan dengan korang cara ping entri dengan blogr.my .

Sebelum ni, ramai blogger merungut mengatakan susah nak ping entri direct ke media sosial dia tanpa perlu buka acc media sosial tersebut. Dengan wujudnya blogr.my ini, korang boleh ping direct terus ke media sosial korang dengan hanya sekai klik sahaja.

bagaimana cara ping entri dengan blogr.my ?

1. korang pergi ke laman blogr.my.
2. log masuk menggunakan account facebook, twitter atau google+ .


cara ping entri dengan blogr.my

3. korang akan di bawa ke dashoard macam dalam gambar di bawah ini

cara ping entri dengan blogr.my

4. korang nampak kotak kaler merah tu ? korang klik situ dan mula masukkan link entri korang di situ.
5. lepas korang masukkan link tu, korang akan di bawa pula ke laman seperti gambar bawah ini .

cara ping entri dengan blogr.my

sebelum korang klik ping, korang kena kategorikan dulu entri korang. di bahagian atas.korang scroll dashboard korang yang macam dalam gambar atas ni.dekat situ korang boleh pilih kategori mana entri korang. lepas itu baru ping ! 

Mudahkan, semoga bermanfaat kepada korang.

sekian
Read More