31 December 2015

Kenapa bila klik link blog tapi sampai ke Lynk.my


Nanti aku ajar macam mana nak daftar ya !
Semalam, aku baru try satu benda. cuba teka apa ? hahaha aku cuba link.my . Benda apa ini ? Benda lebih kurang macam makan cekodok time hujan. haha tak dela, benda ini di gunakan untuk mendapatkan link entri yang pendek.

selalu kalau kita buat entri, kan akan ada sampai tajuk entri kan. haa, dengan menggunakan link.my ni, korang dapat link yang pendek dan senang untuk korang share. cumanya yang jadi masalah bila, orang yang klik link.my ni akan sampai ke link iklan dahulu baru ke link blog kita.


korang tahu adfly ? haa, lebih kurang macam tu la. meh aku kongsi kan tutorial kalau jadi macam tu.
Bila korang klik lynk.my tu korang akan sampai ke sini .
Contoh lynk.my : http://lynk.my/4ETE

langkah-langkahnya :


  1. Link.my ni ada bertujuan memendekkan link blog atau lin entri korang yang sedia panjang tu.
  2. Bila korang klik link tersebut. dia akan keluar dulu ke iklan link.my .
  3. korang tengok dekat bahagian atas belah kanan.
  4. dia akan kira 5 second. haa, lepas 5 second tu , korang klik bahagian tu. 
  5. kemudian korang akan ke blog yang asal. simple je kan !
Mudah je, cumanya kena tunggu kejap la kan. instead of korang boleh terus ke blog yang korang nak tuju tu kan. Betul ke Lynk.my ni boleh menjana pendapatan kepada blogger ? nanti aku update semula ya.

lek lu, kita kena sabar kan. hehehe

itu sahaja untuk hari ini. Selamat tahun baru 2016 !

Sekian.
Read More

22 December 2015

GIVEAWAY POCKET CALENDAR NEW YEAR 2016 by www.nooratikahramli.com




Kali pertama blog tips blogger join giveaway. hehe sebab blog ini masih baru. so , selamat berkenalan buat yang pertama kali ke sini ! jang segan silu untuk follow blog ini ya.

Terima kasih buat penganjur giveaway. good luck untuk semua peserta.
Read More

21 December 2015

TUTORIAL CARA Ping blog Dalam google Search Engine !


Assalamualaikum,

Ada orang mengadu , macam mana nak letak blog kita dalam carian google. blog aku tak ada yang baca ke ? frust la macam ini. itu luahan seorang blogger. jangan risau, aku kongsikan cara untuk letak blog korang dalam google serach. selamat mencuba !

Baik, insyaallah kali ini aku kongsi kan cara untuk korang masukkan blog korang dalam google search engine . 

Fungsi meletakkan blog dalam carian google . ?


  1. Memudahkan blog korang untuk berada dalam carian google.
  2. meningkatkan pengunjung blog
  3. meletakkan blog korang dalam front page carian google.


caranya mudah sahaja .

1. pergi ke : https://www.google.com/webmasters/tools/submit-url
2. Letak link blog korang di ruang yang di sediakan.
3. klik submit.
selesai.

selepas itu, google akan proseskan blog korang. jangan risau ya. hehehe

sekian.
Read More

18 December 2015

TUTORIAL | Cara Letak Page Facebook di Blog .

Assalamualaikum ,
TUTORIAL I Hari ni aku nak sambung update pasal tutorial blog. untuk memudahkan kan korang di samping nak mudah kan aku bila nak buat rujukan nanti. yela, kita bukan nak ingat semua benda betul tak ? bila buat tutorial blog ini. ilmu itu tak lah membazir betul tak ?
Tutorial kali ini berkisar mengenai CARA LETAK PAGE FACEBOOK DI BLOG .
1. Dashboard > Layout > Edit html
                       
2. copy code di bawah dan paste kan di ruang edit html .
<center>
<iframe allowtransparency="true" frameborder="0" scrolling="no" src="//www.facebook.com/plugins/likebox.php?href=https://www.facebook.com/Kataubaid/?fref=ts&amp;width=200&amp;height=290&amp;colorscheme=light&amp;show_faces=true&amp;header=true&amp;stream=false&amp;show_border=true" style="border: 2px; height: 180px; overflow: hidden; width: 300px;"></iframe></center>
3. ubah yang warna merah dengan URL page korang .
4. Klik Save .
5 selesai.
Semoga bermanfaat !
sekian.
blog rujukan : http://www.lyssasecret.com/2015/08/tutorial-kod-iframe-untuk-like-fanpage.html#.VdO31vmqpBd
Read More

17 December 2015

[ MEMBINA BLOG ] BLOG SEHEBAT MOVIE STAR WARS !



TAYANGAN STARWARS THE FORCE AWAKEN baru sahaja bermula semalam ( 17 Dis 2015 ). Dengar cerita movie ini menjadi sebutan para peminat sejak tahun lepas lagi. Selalunya , movie starwars ini akan ada yang terlepas awal dan di viralkan ke seluruh dunia. tapi kali ini , kejayaan pengarah filem ini membuatkan filem ini kekal rahsia sehingga hari tayangannya bermula.

Aku belum tengok lagi movie ini. tapi siri-siri sebelum ini aku dah tengok. memang best. tapi mungkin siri awal agak bosan kerana graffic dia tak berapa cantik. Aku yakin movie baru ini akan menjanjikan graffic yang baik untuk penonton yang menonton .

So, Merujuk kepada tajuk entri ini. kenapa aku nak blog aku sehebat movie star wars ? bagaimana aku nak laksana kan sehingga aku mampu sehebat starwars. hehe itu hanya perumpaan sahaja. untuk menjadikan blog itu hebat. kita perlu banyak bersabar. sebab kerja blog ini , makan masa.

Blogger lama atau blogger otai2 pun kata. kalau kita baru buat blog. kita perlu kan masa 6 bulan untuk hidupkan blog. tambah lak kita ni  " rajin " update blog. seminggu tu kadang-kadang tak update langsung. maka kena tunggu lebih dari 6 bulan laa. hahaha

Kunci nya adalah sabar. Aku pun tak sabar.tapi aku cuma letakkan target yang minima dahulu. contoh, target untuk tambah follower blog terlebih dahulu . kemudian baru lah yang lain. Jadi korang tolong la follow blog aku ni ya. hahaha.

semoga usaha kita yang kecil ini dapat menjadi kan kita seorang yang besar dari segi ilmunya.

Sekian.

Jom tengok movie star wars ^_^
Read More

15 December 2015

CARA MUDAH BUAT BLOG !


TUTORIAL I Hari ini, media blog berkembang pesat . Kata-kata seorang blogger mampu di jadika rujukan. cumanya aku harap, kita menilai dan selidik dahulu sebelum mempercayai apa yang di katakan oleh blogger.

Hari ni juga, ak nampak pelbagai blog-blog baru yang mula menjengah pasaran blog di dalam negara mahupun luar negara . Semua orang teringin nak jadi blogger. dengar kata , jadi bloggger ni boleh dapat duit  ? itulah yang sering di lontarkan oleh sebahagian orang luar ynag bukan blogger.

bila di lontarkan soalan-soalan macam itu, aku lebih gemar untuk berdiam diri kerana aku tau bukan mudah nak buat duit dengan blog. Makan masa dan juga kena rajin berusaha. tak pa lah, nanti aku ajarkan dekat korang cara macam mana nak buat duit dengan blog.

Memandangkan post ini adalh untuk newbie yang baru nak try buat blog. jadi kitaikut step by step la kan. tak kan kita nak terus ke atas tanpa perlu mendaki dulu. bertul tak ? ok. Medium blog ini ada banyak jenis. Antarnya adalah :

1. Blogger.com
2. Wordpress
3. Tumblr .com

antara 3 medium ini, aku secara personal menggunakan blogger.com . Sebab utama aku guan medium ini adalah keran ia mudah untuk belajar dan mudah untuk sesuaikan diri dengan pembaca blog kita. lagi satu, mudah untuk pembaca blog kita untuk baca kerana laju bila loading ke entri kita.

Pemilihan Nama blog .

Untuk pemilihan nama blog ini, aku cadangkan korang pilih nama yang mempunyai dua suku kata. Contohnya , Kata Ubaid , Ben Ashaari , Hasrul Hassan , Emas Putih dan sebagainya. bukan apa , perkara ini penting untuk memudahkan pembaca blog kita mengingati blog kita.

Pemilihan nama penting ya. jangan abaikan . Dulu, masa mula-mula kau buat blog ini url blog aku : muhammadubaidullahismail.blogspot.com . panjang kan ! hahaha sekarang dah berubah dah menjadi yang pendek . lebih mudah orang ingat dan lebih mudah untuk kita dapat trafik ke blog kita.

Aku rasa , cukup kot sekadar coretan permulaan bagi yang baru nak buat blog. oh yaa. korang sign up dekat blogger.com tu ya. jangan risau, ia percuma. hehe lupa pula kau nak terangkan kat atas tu. semoga berjaya !

sekian .
Read More

05 December 2015

Tutorial I Cara edit Gambar !

TUTTORIAL BLOG I Kali ini admin akan ajarkan atau syorkan beberapa medium untuk edit gambar supaya kelihantan cantik .

Antara medium-medium itu adalah :

1. Photoshop
2. Picasa
3. Ilustrator

saya yakin anda mencari teknik yang mudah untuk mengedit gambar. jadi, antara tiga tu, korang tak perlu pun ketiga-tiga tu. hehe kalau nak mudah, korang install app instagram . dan gunakan filter yang ada. kemudian baru lah upload semula ke media sosial lain.

Itu cara paling mudah dan efficient. saya dah cuba dan selalu gunakan cara ini . atau pun korang boleh download apps  untuk handphone korang . kalau untuk kegunaan laptop, saya cadangkan guna salah satu dari 3 software di atas ya .

Semoga bermanfaat !

sekian .


Read More

18 November 2015

TUTORIAL I CARA NAK COPY PAKAI CTRL - C


Assalamualaikum

semua hari ni aku nak buat tuto skit..hehe.. tuto simple jer.. aku rasa korang pun dah tau kot.. cara nak copy pkai "CTRL-C " senang jerr... 


"saya suka blog kataubaid , dan saya nak follow laah blog ni "

 skung...

 1. korang highlight kan phrase kat atas tu..
2. tekan ctrl - dan tekan c.
3. pegi kt ruang komen entri nih..
4. tekan ctrl then tekan v.* cm na jdi dak ??

so, ctrl-V dalah paste..huhu
Read More